Feel free to Follow Deffny's Blog.. ^__^

Tuesday, April 26, 2011

Maruah saya tercalar disebabkan Alarm Watson... :'(

Ya.,bunyi memaannggg macam malang sgattt…. Ouwhhh.,I dun noe how to tell….
1001 prasaan yang menghantui sya ni skarang…. 
Prasaan mau marah, malu, sandi, sedih, malang, trauma, & macam2 la….

Oke-oke…. Let me tell u what happened….
Begini bha ni story ni…. Sperti biasa la tu kalo prempuan shoping2 semua kedai mau masuk…
And mostly kedai produk2…. Gitu juga la sya kunun2 ni… ya.,penting tu mau beli2 shampo, lotion, apa2 la produk penjagaan kulit & badan… (lol skima juga...ahha..)

So.,I choose 2 go Watson… ya.,paling selalu la msuk Watson… kedai kesukaan… 
Why watson..?? Dun noe… may be sbab murah..?? And ya.,I have member card knun di watson… so,best la if beli banyak pun got lot of point(bonus)….
Seperti biasa la…. Banyak yang sya mau beli ni di sini… macam-macam ada…. Sampai dompet pun boleh kosong ni...ahha…

Oke.,lepas siap bayar tu…. Dengan senang hatinya sya keluar dari watson sbab suda beli barang yang sya mau beli……

TIBA-TIBA………… ya tiba-tiba…. Teeettt…..teeetttt...teeeeettttt...tteeeettttt….tteeetttttttt…...ttttteeettttt….ttteeeettttt...teeteeettttt… makin kuat n makin panjang bebunyi…. Why… What happened…??? Kebetulan time keluar tu just me & my fren…. Then security tu pun dgan lagak security nya dia menjalankan tugasnya sebgai security…( lol bnyak nya perkataan "security" ni…)

Mula-mula tu my fren yg kena suru masuk then kuar… mcm test utk cri siapa yg buat Alarm tu bunyi la…. Waa.,pass la dia… sbab ternyata bukan dia…
Then my turn… mcm sya x yakin pla bha sbab kebetulan kami kluar dua orang ja tym alarm tu teeettttt...tetettttt..tettttt…
Oke.,dgan muka and hati  yg yakin juga la sya masuk then kuar (yakin sbab mmg x mencuri apa2...lol)…. But the Alarm Tetttttttt….teeetttttt...tetttttttt...teeettttttt...tettttt… bertubi-tubi lagi tu….?????!!!! Oh My God….!!!!! Everyone looking at me…??? Heyyyy.,I'm not thief okey………… tpi Tuhan ja la tau prsaan sya tym tu…. Suda la ramai yg tgo2…. Then plastick bag yg sy pgang tu kena cek… one by one bha barang tu kena kc kluar utk cek mana yg bunyi…..

Then suda kena cek mmg sure ada 1 thing yg buat alarm tu bunyi… security tu pun knun buat muka cam biasa sda nmpk gurl mencuri ni…(lol.,once again… I'm not thief okey…!!! <---- dlam hati sya ja ni..)

Dengan muka yg malu n geram juga sya kasi kluar resit pmbelian…. Oke.,security tu jalan p counter la…. Mcm double check gitu….
Security tu dtg balik cakap everything is fine… Cuma ksilapan di counter……then say sorry pun mcm yg pelan tu voice….haissshhhhhhhhhhhh.,WHAT THE…………..…….????!!!!!!! Sya suda dapat malu gara-gara kesilapan org di counter tu sja..???!!!!!!!!  Seumur hidup sya… sya x perna mencuriiiiii…..!!!!!

Yala…. People yg lalu lalang tu mana tau story yang sbenar…. Yang dorang tau tym limpas2 tym bunyi alarm tu…. Msti dorang suda cop sya thief tu…..Waaaaaiiiimakaiiiiiii..???!!!!! Mesti macam2 suda yg dorang cop tym nampak kjdian bebunyi alarm tu… somthin' like --> eee.,gurl pun mencuri bha…. / aiyoooo.,that gurl dun have money to buy a prduct ka…??? / eee.,muka lawa tpi mencuri (ni prasan suda ni….lol) & mesti banyak la & bermacam-macam lg tnggapan org yg lalu lalang dat tym….ArgghhhhHhhhhhhhhhhh…!!! Stress oooowhhh 2 think bout this…. Why this Happened 2 me…????? So malang ooooooowww…. Then trauma sda lepas ni mau masuk watson… n malu pun ada…. Wlupun sya x curi apa2…. Tpi ArgHHhhhhhhhhhhh maruah sya suda tercalar………!!!! Btul2 bikin SpOil btullll….!!!!
WATSON…!!! KEMBALIKAN MARUAH SAYA………!!!

k.,la…… Bytway… kita ambi pgajarn la from dis arh…. Mgkin mmg kita x curi apa2…. Tpi berhati2 ja la kedai-kedai yg pasang Alarm ni… kdang2 mgkin kita terrr'ambi & telupa bayar pun ble jdi musibah sda tu… And 1 thing….!! Ada juga mcm yg di muvi2…. Ada org yg menganiaya kita… Dia sgaja kasi masuk barang kecil2 tu dlam bag kita ( yg mungkin ktika itu terbuka luas / x luas....lol)….. nanti tym kita limpas Alarm tu… Teeettt....teettttt....tetttttt....teetttttt....Memang Habis la….. Mau cakap x curi pun kalo suda kena check ada dalam bag… Cakap apa pun x guna suda…. Btul kan..?? So.,meh kita sntiasa berhati-hati la k…. X mau ada kjdian buruk…. 



Mcm kejadian sya tu… Spoil btul…!!!
Sya trus trauma mau masuk mana-mana kedai yg pasang Alarm… And sya tdengar bunyi Alarm tu sja pn wlupun sya sda jauh dr kedai tu… Ooou.,sumpah sya masi ada prasaan trauma…..!
I DUN WAN IT 2 HAPPEN AGAIN IN MY LIFE…!!Shuuuuuu….
comments

Saturday, April 16, 2011

belajar main gitar..

Oke.,1st sini sya mau kasitau yang sya adalah seorang yang x pndai men gitar tapi sangat berminat untuk belajar dan bermen gitar..ehheh…




Selalu nampak org men gitar… Bila orang tu tanya x mau men..?? Mmg sya geleng2 kepala ja tu…  bukan sya x berminat langsung… 
Waa.,sebenarnya sya mau btul p pgang tu gitar..ahha… tapi nanti takan pegang ja kan… 
sure la dia suru : "bha main la"…. LOL..,mau men apa kalo cord pun x tau…!@#$%^&*ahahha…

Oke.,1 hari kwn 1 blik sya ni bcadang mau beli gitar…. Nama dia si (cempaka)...lol bukan nama sebenar k..ahha… so kami pgi la di karamunsing, kk… tau d mana tu…?? Emm.,kalo x tau pn x pa la..ahha..
Kalo tau… msti kamu pena nampak ada 1 kedai music sna kan… banyak alat2 music sna… best ni masuk sna pgi mgacau2...lol… oke.,tpi kali ini bukan pgi mgacau ja k… pgi membeli…waaa…

So.,beli la si cempaka 1 gitar warna hitam…. Harga x mahal sngat… and x juga murah sgat..heheh..
So.,sampai d rumh ada sda bunyi trennnng...trennngnn…. Jennnggg… dennngggg…. Nennngg……
So.,sya yang x tau men gitar ni pun join sekaki la knun mau p try2 men..ahahha…

Mau tau apa prasaan and kjdian 1st tym sya bljar gitar…..???
Ouuhhh.,1st sya mau tabik spring dlu pda smua p'men gitar yang terer2 and yang x terer asal pndai men...ahahha
Punya la susah… belilit jri sya mau (picit) petik tu tali…. Bukan itu shja….. BUKAN ITU SAHAJA k…… mau tau pa lagi..??
Abis semua kuku panjang Gue di potong… kalo x mana dapat picit (petik) tu tali dia…
Kuku suda dipotong…. Jari pun suda mula sakit n macam mau tekupas pun ada….
Aduiii.,mula2 sya sgat bersmgat lgi mau bljar…. Tpi x tau bbrapa hari kemudian… semangat sya luntur…
Mau tau knapa..?? 
Sbab sya x dapat picit(petik) cord C & F and sya rasa sya punya jari mmg x ckup panjang and x ssuai utk men gitar.. and sya rsa btul2 sakit sda jari sya.. Ntah macam2 ja knun prsaan & alasan.. 
Trus slepas tu sya membiarkan kuku sya jdi panjang blik ( <--- dats mean..? Sya x mau pgang lgi tu gitar buat msa ni…)LOL….

Hmm.,saya harap nanti2 sya pndai suda la men gitar.. Sya mau kumpul balik semangat sya tu….
Kalo la sya pndai men gitar sda nti… ada juga tu kamu nampak sya tulis di Blog…
k.,la… jumpa lagi d Blog sya yg akan mgatakan sya suda pndai men gitar… 
( mgkin 2,5,10 thun akan dtg… atau x akan pndai2…)LOL...
comments

Tuesday, April 12, 2011

Kepentingan Bahasa Inggeris

Waaa.,hari ini kunun sya berucap di khalayak ramai… ( bgus kalo lebih 100 org.. ) hahha…
Oke.,mmg gementar juga la kunun-kunun sebab sya x buat persediaan kan..ahhah..
Skali sya masuk clas sja trus turn sya.. Omg...masih bpeluh-peluh lagi oke… pakai baju formal lg kunun sya tu…
pakai baju formal kunun....


tpi sya kunun p berdiri di depan jg...haha..
Tapi x apa… sya buat sja la dengan kemampuan yg sya ada la kunun2….hmmm…

Mau tau apa tajuk ucapan sya..??ehheh…
Kepentingan bahasa inggeris antarabangsa…. Mcam senang kan tjuk ucapan sya.. Memang pun senang…
Tpi mcm pndai-pndai ja sya buat ucapan tjuk ni… ( bgus kalo B.I sya terer… stakat "yes" / "no" ja ble la )..ahakk…
Hmmm.,ada 3 muka surat ni ucapan sya ni…. Waaa.,berbuih-buih juga la sya punya mulut berucap di depan… Nervous tu ada la sikiiiitt… mgkin 10%..ahhah.. Tpi berakhir dengan baik juga la kunun2..ahhah…

k,la…  Siapa-siapa yg dapat tjuk ucapan bgini kamu copy & paste ja sya punya ucapan ni la...lol ( mengajar jadi pemalas )… bukan apa.. Sya fham juga prsaan jdi student mha.. Sbb sya pun stdent… apa lgi kalo last mnit pnya kjdian…. Parah ooo kan...heheh….
k.,di bwah ni ISI ucapan sya tu…. pendhuluan & penutup sya x kasi masuk... so.,Pndai-pndai la k… =)


*************************************************************************************************************
Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa yang bererti lebih 50% daripada penduduk dunia yang  bertutur dalam bahasa Inggeris. Namun, mutu pencapaian bahasa Inggeris di negara kita pula menampakkan kemerosotan yang ketara. Sejak pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsan yang menghapuskan aliran bahasa Inggeris, penguasaan para pelajar dalam bahasa Inggeris amat rendah sedangkan bahasa inggeris sangat penting pada hari ini.

Bahasa Inggeris merupakan bahasa utama dalam komunikasi antarabangsa. Hal ini dapat dibuktikan apabila jumlah penutur bahasa Inggeris di dunia mengatasi jumlah penutur bahasa utama lain seperti bahasa Perancis, Sepanyol, Arab, dan Rusia. Penguasaan bahasa Inggeris bukan sahaja memudahkan kita berhubung dengan dunia luar malah bahasa ini menjamin kelancaran urusan yang melibatkan bangsa negara lain.

Bahasa Inggeris juga merupakan bahasa ilmu pengetahuan. Dalam era globalisasi dan modenisasi ini, bahasa Inggeris merupakan bahasa sumber yang penting. Misalnya, kebanyakan buku-buku rujukan, maklumat, penyelidikan dan khazanah ilmu yang lain terungkap dalam bahasa Inggeris. Hal ini tidak menjadi masalah bagi golongan yang dapat menguasai bahasa Inggeris untuk memahami isi-isi yang tercatat dalam bahan bacaan tersebut.

Bahasa Inggeris juga merupakan bahasa utama dalam bidang perniagaan. Walaupun bahasa rasmi negara ialah bahasa Malaysia namun dalam bidang perniagaan bahasa yang kerap digunakan ialah bahasa Inggeris. Contohnya, bahasa Inggeris digunakan semasa sesuatu perniagaan sedang dijalankan. Menurut kajian, bahasa Malaysia jarang-jarang digunakan semasa urusan perniagaan dijalankan. Hal ini berlaku demikian kerana bahasa Malaysia kekurangan istilah yang tepat untuk mengungkapkan maksud dalam perniagaan. Penguasaan bahasa Inggeris bukan sahaja penting untuk menjamin peluang kejayaan kerjaya malah juga penting untuk menjamin hubungan yang mantap dalam bidang perniagaan. Jikalau bahasa Inggeris tidak dikuasai, maka perniagaan individu, syarikat, dan negara akan terbatas. Apabila peluang perniagaan terbatas, hal ini bukan sahaja menjejaskan ekonomi negara malah juga menjejaskan hubungan diplomatik dan nama baik negara.

Untuk mengukuhkan lagi kepentingan bahasa inggeris. Lihat sahaja dunia kita hari ini. Bahasa inggeris lah yang diguna pakai dalam bahasa telekomunikasi ataupun bahasa internet. Hanya dengan syarat dapat menguasai bahasa inggeris masyarakat dapat memperoleh maklumat-maklumat yang terkini supaya masyarakat tidak menjadi katak di bawah tempurung. Malahan, mereka juga dapat memahami isi-isi tersurat yang dipaparkan dalam maklumat antarabangsa yang disalurkan melalui satelit ataupun media massa seperti radio, televisyen, dan surat khabar. Lebih-lebih lagi pada zaman teknologi maklumat ini, banyak alat teknologi yang canggih telah dicipta untuk memudahkan perhubungan masyarakat dengan dunia luar seperti internet tambahan pula, bahasa Inggerislah yang terungkap dalam laman web.

Kesimpulannya, bahasa inggeris ialah bahasa antarabangsa yang sangat mustahak untuk berhubung dengan bangsa lain, baik dengan masyarakat tempatan mahupun dengan masyarakat dunia luar. Walaupun bahasa Malaysia ialah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara namun bahasa Inggeris amat penting untuk kemajuan negara. Penggunaan bahasa Inggeris membolehkan masyarakat dan negara mempunyai hubungan yang lebih luas dan mudah menerima maklumat antarabangsa. Hal ini secara tidak langsungnya mempercepat pembangunan negara. Di samping itu, kemajuan dapat dicapai dengan lebih cepat sekiranya komunikasi dalam bahasa Inggeris berjalan dengan lancar dengan negara-negara maju. Dengan ini, kecemerlangan seseorang individu bergantung pada tahap penguasaan bahasa Inggeris. Oleh itu, bahasa Inggeris merupakan bahasa yang amat penting dalam menimba ilmu pengetahuan, komunikasi antarabangsa, bidang teknologi, dan bidang perniagaan.



comments