Sales girl..? Kamu
tau apakah itu..?
Kalau search di google translate mengatakan "gadis
jualan"
Hmm.,menurut
pemahaman kamu sendiri pula bagaimana..?
Macam yang pelayan
perempuan, yang tempat boleh tanya-tanya atau promoter bgitu bah kan dalam
fikiran kita..?(kah dalam fikiran sya saja ni bgini..?ehhe..)
Bah.,tidak kira la
apa-apa tanggapan atau pemahaman kamu tentang tu Sales girls… yang penting sya
mau cerita...hehe..
Ada ni seorang
perempuan, dia bekerja di sebuah kedai menjual pakaian. Yang kita selalu
panggil sebagai sales girl atau paling tepat "pelayan". Selepas ni
sya hanya menggunakan panggilan "pelayan perempuan" saja k…? :)
Jadi pada suatu
hari, ada seorang aunty ni masuk kedai menjual pakaian tempat si pelayan
perempuan itu bekerja. Dalam lingkungan 40-50 tahun bgitu suda la umur aunty
ni. Aunty ni dalam keadaan yang tidak begitu terurus.. Baju dia agak
kotor-kotor dan ada koyak-koyak di beberapa bahagian dan hanya memakai
selipar..(selipar jepun) :)
Dan apabila aunty
ni masuk ke dalam kedai. Dia katakan dia mau mencuba beberapa helai pakaian.
Sebelum sya meneruskan lebih lanjut penceritaan sya ni.. Sya mau bertanya sama
kamu yang sedang membaca Blog sya ni..
Adakah kamu akan
membenarkan aunty ni mencuba pakaian.? Adakah kamu membenarkan aunty ni masuk
dalam kedai pakaian itu..??
Jawapan kamu..????
- Halau itu aunty
- Tidak sama sekali
- Berfikir dulu kasi masuk
kah tidak.?
- Hint-hint suru itu aunty
keluar
- Kasitau itu aunty mahal tau
pakaian-pakaian di sini supaya itu aunty keluar
- Kasi benar saja itu aunty
cuba itu pakaian-pakaian manatau dia mau beli juga
- Kasi benar saja la bah si
aunty cuba-cuba pakaian
Hmmm.,so kamu
berada di jawapan yang mana 1..? Halau..? Fikir-fikir dlu..? Kasi masuk
saja..?hehe.. k.,try dulu kamu jawap dan simpan jawapan kamu tu k.. :)
Oke.,sya teruskan
cerita sya…
Dan apabila aunty
itu memilih-milih baju yang dia mau cuba.. ada 5 helai kesemuanya dan dia
bertanya kepada pelayan perempuan itu kalau-kalau dia boleh mencuba baju-baju
itu di "fitting Room" iaitu bilik persalinan pakaian.. tempat
cuba-cuba baju tu bha...ehhe..
So, si pelayan
perempuan ini dengan ramahnya dia mengatakan : "ya, aunty boleh bah kalau
ko" eppppssssss.,silap… bukan macam tu..!! si pelayan perempuan tu jawap
begini : "ya, Aunty boleh… fitting room ada di sebelah belakang"
sambil tersenyum si pelayan bawa si aunty ni pi mencuba pakaian-pakaian itu.
Dan setelah
selesai mencuba kelima-lima helai pakaian itu. Si aunty tidak berniat membeli
sehelai pun dari kelima-lima pakaian yang dia cuba. malah dia minta maaf dan
berlalu pergi dari kedai pakaian tersebut. si pelayan perempuan ini dengan
tersenyum mengatakan pada aunty itu sebelum aunty itu meninggalkan kedai :
" terima kasih atas kunjungan aunty di kedai ini. Sila datang lagi.."
dengan senyuman yang manis. dan dengan perlahan-lahan pelayan perempuan
tersebut pergi menyimpan kembali pakaian-pakaian yang dicuba oleh aunty yang
sudah meninggalkan kedai pakaian itu.
Setelah itu, ada
seorang pemuda datang menghampiri si pelayan perempuan itu yang sebenarnya dari
mula lagi sedang memerhati kejadian ini dari jarak jauh. pemuda itu bertanya
kepada si pelayan perempuan : "keapakah kau masih melayan pelanggan yang
sedemikan.? bukan ka kau suda tau yang
aunty tu memang tidak mampu dan tidak berniat pun untuk membeli pakaian
tersebut.? " tanya si pemuda itu denga keheranan. Lalu dengan nada yang
lembut pelayan perempuan ini menjawab : "Kan saya Cuma pelayan di sini dan
tugas saya adalah melayan semua pelanggan sebaik-baiknya baik dia mau membeli
atau tidak" sambil tersenyum. :)
Lelaki itu hanya
terdiam selepas mendengar jawapan dari perempuan tersebut.
Nahhh.,bagaimana
setelah kamu mendengar cerita jual beli tidak jadi beli ni..?ehhehe.. Adakah
kamu dapat menjadi seperti si pelayan perempuan..?? Atau kamu masi tetap dengan
pendirian kamu untuk tidak membenarkan aunty tersebut untuk masuk malah untuk
mencuba pakaian-pakaian..??
DALAM HAL
PELAYANAN KITA DI HADAPAN TUHAN bagaimana..??
Demikianlah juga
dalam hal pelayanan kita untuk Tuhan. Cerita ini begitu menegur sekali di mana
ada di antara kita yang mau memilih pelayanan, yang menolak pelayanan, yang
mengharapkan respon orang atau balasan untuk melayani dan banyak lagi karenah,
perangai dan kebiasaan-kebiasaan kita dalam hal pelayanan…
Mari kita jadikan pelayan perempuan ini sebagai contoh di dalam hal PELAYANAN KITA UNTUK TUHAN…
- perlukah kita memilih
pelanggan yang kita suka baru kita layan..? - Demikian juga dalam hal
melayani.. Perlukah
kita pilih pelayanan itu kita minat atau tidak, kita suka atau tidak baru kita
melayani untuk Tuhan..?
- Perlukah kita tau aunty itu
mau beli atau tidak setelah mencuba pakaian itu.?
- Demikian juga dalam hal
melayani.. Perlukah kita tau bahawa kita mendapat sesuatu atau mendapat
balasan atau pujian baru kita mau melayani untuk Tuhan..?
- perlukah kita terpengaruh
dengan keadaan si pelanggan ini sama ada dia bersih, kemas dan kaya baru
kita mau layan..?- Demikian lah juga dalam hal melayani.. perlukah kita terpengaruh dengan keadaan
jemaat atau orang yang kita layani itu sama ada dia seorang yang kita kenal , yang kenal Tuhan,
seorang yang menerima teguran atau seorang yang mau mendengar atau tidak..?
semua itu tidak
perlu kan..? Tidak perlu jika kita mau melayani Tuhan dengan sungguh-sungguh
dan semuanya untuk Kemuliaan Tuhan..
- kita melayani
bukan kerana kita mau dapat atau mau terima sesuatu.. kan sejak dari
awal lagi kita sudah pun menerima. oleh itu, jangan kita melayani kerana
kita ingin mendapat sesuatu melainkan kita mau memberi sesuatu. :)
- kita selalu melayani kerana
apa yang mampu kita lakukan. apa yang termampu kita lakukan dari diri
kita. Tetapi apakah bezanya kita orang-orang yang mempunyai Kristus di hati dengan
mereka yang lain jika "lakukan yang termampu" shja..? sebab mereka dan orang-orang juga melakukan segala
sesuatu apa yang mereka mampu lakukan.. kan..? Tetapi
lakukanlah pelayanan itu seperti yang Tuhan kehendaki dan bicarakan dalam
kehidupan mu.Setiap kita yang lahir dan hidup di dunia ini punya peranan
masing-masing dan mempunyai tujuan hidup yang khusus yang telah ditentukan
Tuhan sendiri sesuai dengan kehendak dan Rencana-Nya untuk kita.
Jadilah yang
luar biasa. Tuhan tidak mau kita Cuma menjadi yang biasa-biasa saja melainkan
menjadikan kita anak-anak yang luar biasa Dalam Nama-Nya.
Melayanilah seperti
yang Tuhan kehendaki engkau perbuat. bukan melayani kerana "apa yang mampu kita
lakukan" sahaja.
Jika Tuhan mau kita lakukan "perkara besar" lakukan
itu dengan hati yang siap kerana apa yang pasti Tuhan PASTI AKAN MENYERTAI DAN
MEMBERI KITA KEKUATAN. JANGAN PERNAH RAGU AKAN PEKERJAAN TUHAN DI ATAS DIRI MU.
~YOU
CAN FLY AND SHINE~
Demikian
sahaja cerita dan sharing2 dari Deffny :)
Tuhan
memberkati kita semua yang percaya.. ^__^
comments