Feel free to Follow Deffny's Blog.. ^__^

Saturday, December 12, 2015

Should I continue writing?

jWoow.,After so long.. 
Sampai sya suda x tau story apa yang boleh sya kongsikan di sini oow..

Hmm.,Just want to say thank you..
Hmm.? Thank you for what? 
Thank you for visiting..
Anda sangat setia.. 
Siapa pun anda yang masih menyinggah di blog sya yang terbiar ini..
I want to Pray for you.. 
"Biar Tuhan terus menerus memelihara kehidupan mu baik di mana dan apa pun yang kamu perbuat.. Damai sejahtera(How to spell sejahtera??) 
Biar Damai sejahtera dari syurgawai sentiasa memenuhi kamu selalu.. 
In Jesus Name, Amen" 

Ya.,doa ringkas.. Tapi bila kita percaya semuanya akan menjadi betul-betul terjadi..
I miss to keep writing something in my blog.. But ehmmmm... 
Entah la.. 
Apakah yang menjadi penghalang?
Penghalang ka pemalas?tionnngggg#^*%!

Oke la.. Pye pye..
Saja mau test tambah Blog entery dari handphone.. 


Hmm.,there's something about this pic..
x tau macam mana mau explain.. 
Sya telampau pandai melukis bah..ahha.. 

Wokey la..
Good night everyone..
God Bless.. 
comments

Tuesday, July 14, 2015

SAYA KUAT


Hahaa.. bukan saya yang kuat arh. :p
Tadi jalan-jalan cuci mata..(membuang masa rehat)
Tergerak hati mau jalan di ruangan baju-baju..
Tiba-tiba muncul pula ni baju depan mata..Hahaa..
Ada-ada sajalah orang punya idea ni sekarang..

~ SAYA KUAT ~
Kalau kamu nampak orang pakai baju ni apa yang akan kamu fikirkan..?
Dia seorang yang kuat..? kuat yang gagah, tegap kah..?
Lain pula cara berfikir saya..hahaaa..
Kalau kebetulan orang tu pakai tu baju SAYA KUAT dan sedang makan dengan lahap dan gelojohnya.
saya rasa dengan sendiri dan automatic'
'nya fikiran saya akan ter'connect seperti ini :
SAYA KUAT MAKAN MACAM YANG KAMU NAMPAK SEKARANG NI..lol.. 

Ada lagi yang lebih parah punya baju..
~ I AM VIRGIN ~
Mungkin saja yang memakai baju tu tidak ada apa-apa niat selain memakai baju tu sebagai baju. 
Tapi jangan hairan pula kalau tiba-tiba lain pula yang jadi.
Orang yang baca tu nanti pandai-pandai pula menafsir itu sebagai ada maksud tersirat..
Bahaya ka tidak..?

Tiba-tiba kena tarik masuk hutan.
Silap hari bulan masuk surat khabar berita tergempar "seorang perempuan telah dirogol.."
wwwuuuuu...dahsyat tau manusia zaman kini..
So, ingatlah kawan-kawan..
Jangan bilang baju-baju saja..
perkataan-perkataan saja..
aiyaa..kolotlah yang apa pun tidak boleh pakai..

Hmmm..pengajarannya...
Berjaga-jagalah dalam memilih baju / t-shirt yang ada huruf, tulisan dan perkataan.
Unik idea orang yang mencipta perkataan di baju T-shirt tu.
Unik lagi fikiran manusia-manusia yang membaca perkataan dalam baju tu.
Boleh jadi macam-macam juga oow..
So, ingat ini : "Fikir dulu sebelum beli baju-baju yang ada perkataan.. 
Kadang-kadang yang cantik belum tentu baik untuk dipakai disebabkan perkataan yang ada dalam baju tu.."
comments

Thursday, June 18, 2015

Perasaan Trauma dan gelisah terus mengahantui penduduk Sabah selepas dari kejadian gempa bumi 5 Jun 2015


Sya x nafihkan perasaan takut, gelisah, berdebar, cemas, trauma masih menghantui seluruh penduduk yang berada di kawasan Sabah terutama di bahagian Ranau, Kundasang, Poring dan beberapa tempat yang berdekatan.



Perasaan sya sendiri secara peribadi : "Susah untuk sya huraikan dengan begitu terperinci apa yang dirasakan.." Speechless ~ 

Apa yang telah menimpa Negeri Sabah 5 Jun 2015 ini betul-betul adalah sesuatu yang luar dari jangkaan.. Luar dari pengetahuan dan luar dari pemikiran.. Sya terus terang sya x perna terfikir sampai tahap ini yang akan terjadi menimpa Negeri ku yang tercinta...Huhuu..

Sejak kejadian Gempa Bumi yang menimpa Negeri Sabah pada 5 Jun 2015 lalu... 
Gempa susulan demi susulan terus terjadi sehingga hari ini. 
Hati kecil sya bertanya : "Bilakah semua ini akan berakhir..?" 
Sehingga sya merindui suasana aman yang dirasakan selama bertahun-tahun menjadi penduduk Sabah. Kini tidak ada sudah istilah bahawa " Kita penduduk Sabah bebas dari segala macam jenis bencana alam yang merbahaya.." 
Tapi kini kita sudah dan sedang mengalaminya..

Sejak dari 5 Jun, gegaran demi gegaran terus mengahantui penduduk... 
Sya senang menceritakan sendiri apa yang terjadi dan apa yang dialami di kampung Poring khususnya.. (Biar orang lain yang menceritakan kejadian di kawasan mereka seperti di Kundasang, Ranau dan beberapa tempat yang masih boleh merasakan gegaran demi gegaran yang tidak ada hentinya setiap saat..)

Bagi yang ada mengikuti setiap post sya di FB mungkin tertanya... 
"Biar betul ni begitu banyak gegaran seperti yang dia laporkan..?"
"Rajin juga dia update status ni..."
"Waaa.,jadi pemberita sudah dia ni..."
"Penuh sudah Home sya disebabkan Post dia ni telampau banyak.."
"Minta Puji saja tuh.."

Ya.,Sya x nafihkan itu semua... 
Bagi yang tidak mengikuti setiap post sya di FB atau yang bukan Friends dalam FB.. 
Sya senang untuk kongsikan ini : 
Di mana, sya telah usahakan supaya dapat melaporkan setiap gegaran yang berlaku, baik itu skala gegaran yang tidak kuat, sederhana dan kuat. 
Semuanya sya laporkan.. 


Ini adalah 4 Jun 2015.. Tiada tanda-tanda.. Siap feeling Amazing lagi dengan bulan yang cantik..
5 Jun 2015 - Pada jam 7:15 Am terjadinya sejarah yang tidak mungkin dapat dilupakan.. Baru saja tengo muvi "San Andreas" tu hari.. Betapa traumanya bila ini bukan setakat movie...
Ini sya mula update status suda setiap kali ada gegaran.. Hampir setiap jam gegaran berlaku.. 1 jam mau 3 kali juga bergegar..






























  














Kesihatan mula terjejas apabila tidur sentiasa dalam berjaga-jaga... Bukan takut mati punya kes tapi bilang orang.. Jika sengaja membahayakan diri walaupun tau bagaimana harus selamat dan berjaga-jaga maka itu sama saja dengan bunuh diri jika tidak berhati-hati atau berjaga-jaga... 


Agak slow sudah sya melaporkan setiap gegaran.. Pasal ada orang yang mula tidak menyenangi post-post sya...huhuhu..
  






Ini adalah gegaran kedua kuat selepas 6.2 skala Richter pada 5 Jun 2015 lalu.. 






Banyak kannn..?
Kira-kiranya jika sya mau menipu2 saja mau update status tentang gegaran adakah sya serajin ini..?
Dan apakah yang sya dapat jika semua ini cuma 1 penipuan..??
Tapi..... terimalah....
Inilah yang betul-betul terjadi dan apa yang kami di sini alami..
Sya fikir hanya dalam 60% sahaja yang sempat sya laporan menurut keseluruhan gegaran yang terjadi setiap beberapa detik..

Mungkin ada juga yang cakap minta puji, mau juga kasitau dan apalah ni pemberita tidak berbayar...
Bagi sya... apa yang sya mampu dan berkesempatan untuk lakukan... 
Biarlah.,sya laporkan sahaja...
Mungkin ada yang merasakan ini semua sia-sia saja... Tiada maknanya mau update2... 

Sya merasakan ini penting untuk pengetahuan orang ramai, keluarga yang berada di mana-mana supaya langkah berjaga-jaga dan bersiap sedia dapat diambil.. 

Itulah sebenarnya yang sya fikirkan kenapa perlu sya laporkan setiap masa...
Biarlah laporkan saja daripada menyesal bila akhirnya sesuatu yang tidak diingini betul-betul terjadi..
Namun dengan rendah hati sya mau minta maaf...
*Minta maaf dengan cara melaporkan gegaran dengan cara yang tidak formal.. Sya sengaja laporkan setiap gegaran disertai dengan icon/feeling supaya kalian-kalian yang membaca tidak serius sangat..

Bayangkan saya ini bukan pemberita rasmi tiba-tiba melaporkan setiap gegaran tersebut dengan formal dan serius..
Contoh : 

5:58 Am - EQ 05:58am 18/06/15,6.1N 116.6E Mag4.0 Dep10km,Ranau.11km NW of Ranau,Sabah.Tremors felt in Ranau.MMD
8:29 Am - EQ 08:29am 18/06/15,6.1N 116.6E Mag4.2 Dep10km,Ranau.11km NW of Ranau,Sabah.Tremors felt in Ranau.MMD
9:02 Am - 
EQ 09:02am 18/06/15,6.1N 116.6E Mag3.0 Dep10km,Ranau.11km NW of Ranau,Sabah.Tremors felt in Ranau.MMD


Kira-kira apa perasaan kamu yang nampak update begini..
Serius sangatkan..? Nampak lebih menakutkan..?
Kalau pemberita rasmi yang update begini tidak apa juga...

Tapi apa-apa pun sya minta maaf kepada sesiapa yang tidak menyenangi akan post-post ini dan juga cara-cara melaporkan yang tidak berapa nak formal..Huhu.. 

Apa yang sya boleh katakan..
Yang tinggal di kawasan Poring, Kiau dan Kundasang yang merasakan gegaran setiap saat ini... Sama ada kamu mau percaya atau tidak... Sya x paksa untuk percaya...(Dari kamu saja baitu..)
Pasal hari tu ada yang nampak sya update status dan comment seperti ini : "Arrhh.,biar btul ko ini.. Sya nampak tiada lagi pun orang update2 status mengatakan ada gegaran" 
Ini adalah bukti di mana kakak sya yang berada di Kampung Poring dapat merasakan gegaran itu, Manakala sya yang berada di tempat kerja di Pekan Ranau pada sebelah pagi sehingga petang tidak merasakan apa-apa gegaran..
Demikian saja bebarapa yang dapat sya jelaskan dan laporkan..
Jika pihak yang bertanggungjawab berfikir ini adalah sesuatu yang serius ada baiknya pemantauan dilakukan di beberapa tempat yang masih merasakan gegaran ini setiap hari..

Bagi kita semua...
Apa pun Bangsa dan Agama kita..
Mari kita terus-menerus bersatu di dalam doa.
Yang berada jauh dari family.. Family ada di sabah.. Selalu-selalulah telefon mereka tanya khabar... Jangan cakap RISAU SAHAJA TETAPI TIDAK ADA APA-APA TINDAKAN.. Tidak salah itu selalu calling-calling.. Mungkin ini juga salah 1 maksud Tuhan supaya hubungan kita dengan keluarga bertambah erat.. :) ~Positif saja...

Sememangnya kita hanya manusia yang tidak mampu untuk berbuat apa-apa, bahkan tidak mampu untuk mengubah apa-apa yang sedang terjadi ini..
Tapi sya percaya akan 1 hal..
Tuhan tidak pernah terlalu kejam sehingga tidak akan mendengarkan setiap seru doa kita.. Tuhan itu baik.. Karakter-Nya tidak akan berubah-ubah setiap masa... Kajap baik... kejap jahat...

Kita boleh meminta kepada Tuhan..
Namun bukan memaksa Tuhan...
Biar segala sesuatu itu terjadi sesuai dengan kehendak Tuhan..
Pasti segala sesuatu apa pun itu adalah yang terbaik dari Tuhan kita sebab Dia lebih mengetahui apa yang terbaik...

"jika kamu yang jahat tahu memberi pemberian yang baik kepada anak-anakmu, apalagi Bapamu yang di sorga! 
Ia akan memberikan yang baik kepada mereka yang meminta kepada-Nya."
(Matius 7:11)


#KeepPraying
#BeStrong

comments