Feel free to Follow Deffny's Blog.. ^__^

Thursday, November 22, 2012

Sales Girl


Sales girl..? Kamu tau apakah itu..? 


Kalau search di google translate mengatakan "gadis jualan"
Hmm.,menurut pemahaman kamu sendiri pula bagaimana..?
Macam yang pelayan perempuan, yang tempat boleh tanya-tanya atau promoter bgitu bah kan dalam fikiran kita..?(kah dalam fikiran sya saja ni bgini..?ehhe..)
Bah.,tidak kira la apa-apa tanggapan atau pemahaman kamu tentang tu Sales girls… yang penting sya mau cerita...hehe..

Ada ni seorang perempuan, dia bekerja di sebuah kedai menjual pakaian. Yang kita selalu panggil sebagai sales girl atau paling tepat "pelayan". Selepas ni sya hanya menggunakan panggilan "pelayan perempuan" saja k…? :)

Jadi pada suatu hari, ada seorang aunty ni masuk kedai menjual pakaian tempat si pelayan perempuan itu bekerja. Dalam lingkungan 40-50 tahun bgitu suda la umur aunty ni. Aunty ni dalam keadaan yang tidak begitu terurus.. Baju dia agak kotor-kotor dan ada koyak-koyak di beberapa bahagian dan hanya memakai selipar..(selipar jepun) :)

Dan apabila aunty ni masuk ke dalam kedai. Dia katakan dia mau mencuba beberapa helai pakaian. Sebelum sya meneruskan lebih lanjut penceritaan sya ni.. Sya mau bertanya sama kamu yang sedang membaca Blog sya ni..
Adakah kamu akan membenarkan aunty ni mencuba pakaian.? Adakah kamu membenarkan aunty ni masuk dalam kedai pakaian itu..??
Jawapan kamu..????

  • Halau itu aunty
  • Tidak sama sekali
  • Berfikir dulu kasi masuk kah tidak.?
  • Hint-hint suru itu aunty keluar
  • Kasitau itu aunty mahal tau pakaian-pakaian di sini supaya itu aunty keluar
  • Kasi benar saja itu aunty cuba itu pakaian-pakaian manatau dia mau beli juga
  • Kasi benar saja la bah si aunty cuba-cuba pakaian

Hmmm.,so kamu berada di jawapan yang mana 1..? Halau..? Fikir-fikir dlu..? Kasi masuk saja..?hehe.. k.,try dulu kamu jawap dan simpan jawapan kamu tu k.. :)

Oke.,sya teruskan cerita sya…
Dan apabila aunty itu memilih-milih baju yang dia mau cuba.. ada 5 helai kesemuanya dan dia bertanya kepada pelayan perempuan itu kalau-kalau dia boleh mencuba baju-baju itu di "fitting Room" iaitu bilik persalinan pakaian.. tempat cuba-cuba baju tu bha...ehhe..

So, si pelayan perempuan ini dengan ramahnya dia mengatakan : "ya, aunty boleh bah kalau ko" eppppssssss.,silap… bukan macam tu..!! si pelayan perempuan tu jawap begini : "ya, Aunty boleh… fitting room ada di sebelah belakang" sambil tersenyum si pelayan bawa si aunty ni pi mencuba pakaian-pakaian itu.
Dan setelah selesai mencuba kelima-lima helai pakaian itu. Si aunty tidak berniat membeli sehelai pun dari kelima-lima pakaian yang dia cuba. malah dia minta maaf dan berlalu pergi dari kedai pakaian tersebut. si pelayan perempuan ini dengan tersenyum mengatakan pada aunty itu sebelum aunty itu meninggalkan kedai : " terima kasih atas kunjungan aunty di kedai ini. Sila datang lagi.." dengan senyuman yang manis. dan dengan perlahan-lahan pelayan perempuan tersebut pergi menyimpan kembali pakaian-pakaian yang dicuba oleh aunty yang sudah meninggalkan kedai pakaian itu.

Setelah itu, ada seorang pemuda datang menghampiri si pelayan perempuan itu yang sebenarnya dari mula lagi sedang memerhati kejadian ini dari jarak jauh. pemuda itu bertanya kepada si pelayan perempuan : "keapakah kau masih melayan pelanggan yang sedemikan.?  bukan ka kau suda tau yang aunty tu memang tidak mampu dan tidak berniat pun untuk membeli pakaian tersebut.? " tanya si pemuda itu denga keheranan. Lalu dengan nada yang lembut pelayan perempuan ini menjawab : "Kan saya Cuma pelayan di sini dan tugas saya adalah melayan semua pelanggan sebaik-baiknya baik dia mau membeli atau tidak" sambil tersenyum. :)
Lelaki itu hanya terdiam selepas mendengar jawapan dari perempuan tersebut.

Nahhh.,bagaimana setelah kamu mendengar cerita jual beli tidak jadi beli ni..?ehhehe.. Adakah kamu dapat menjadi seperti si pelayan perempuan..?? Atau kamu masi tetap dengan pendirian kamu untuk tidak membenarkan aunty tersebut untuk masuk malah untuk mencuba pakaian-pakaian..??

DALAM HAL PELAYANAN KITA DI HADAPAN TUHAN bagaimana..??

Demikianlah juga dalam hal pelayanan kita untuk Tuhan. Cerita ini begitu menegur sekali di mana ada di antara kita yang mau memilih pelayanan, yang menolak pelayanan, yang mengharapkan respon orang atau balasan untuk melayani dan banyak lagi karenah, perangai dan kebiasaan-kebiasaan kita dalam hal pelayanan…

Mari kita jadikan pelayan perempuan ini sebagai contoh di dalam hal PELAYANAN KITA UNTUK TUHAN…

  • perlukah kita memilih pelanggan yang kita suka baru kita layan..? - Demikian juga dalam hal melayani.. Perlukah kita pilih pelayanan itu kita minat atau tidak, kita suka atau tidak baru kita melayani untuk Tuhan..?
  • Perlukah kita tau aunty itu mau beli atau tidak setelah mencuba pakaian itu.?
    - Demikian juga dalam hal melayani.. Perlukah kita tau bahawa kita mendapat sesuatu atau mendapat balasan atau pujian baru kita mau melayani untuk Tuhan..?
  • perlukah kita terpengaruh dengan keadaan si pelanggan ini sama ada dia bersih, kemas dan kaya baru kita mau layan..?- Demikian lah juga dalam hal melayani.. perlukah kita terpengaruh dengan keadaan jemaat atau orang yang kita layani itu sama ada dia seorang yang kita kenal , yang kenal Tuhan, seorang yang menerima teguran atau seorang yang mau mendengar atau tidak..?

semua itu tidak perlu kan..? Tidak perlu jika kita mau melayani Tuhan dengan sungguh-sungguh dan semuanya untuk Kemuliaan Tuhan..
  1. kita melayani bukan kerana kita mau dapat atau mau terima sesuatu.. kan sejak dari awal lagi kita sudah pun menerima. oleh itu, jangan kita melayani kerana kita ingin mendapat sesuatu melainkan kita mau memberi sesuatu. :)
  2. kita selalu melayani kerana apa yang mampu kita lakukan. apa yang termampu kita lakukan dari diri kita. Tetapi apakah bezanya kita orang-orang yang mempunyai Kristus di hati dengan mereka yang lain jika "lakukan yang termampu" shja..? sebab mereka dan orang-orang juga melakukan segala sesuatu apa yang mereka mampu lakukan.. kan..? Tetapi lakukanlah pelayanan itu seperti yang Tuhan kehendaki dan bicarakan dalam kehidupan mu.Setiap kita yang lahir dan hidup di dunia ini punya peranan masing-masing dan mempunyai tujuan hidup yang khusus yang telah ditentukan Tuhan sendiri sesuai dengan kehendak dan Rencana-Nya untuk kita.
    Jadilah yang luar biasa. Tuhan tidak mau kita Cuma menjadi yang biasa-biasa saja melainkan menjadikan kita anak-anak yang luar biasa Dalam Nama-Nya.
    Melayanilah seperti yang Tuhan kehendaki engkau perbuat. bukan melayani kerana "apa yang mampu kita lakukan" sahaja.
    Jika Tuhan mau kita lakukan "perkara besar" lakukan itu dengan hati yang siap kerana apa yang pasti Tuhan PASTI AKAN MENYERTAI DAN MEMBERI KITA KEKUATAN. JANGAN PERNAH RAGU AKAN PEKERJAAN TUHAN DI ATAS DIRI MU.

~YOU CAN FLY AND SHINE~

Demikian sahaja cerita dan sharing2 dari Deffny :)
Tuhan memberkati kita semua yang percaya.. ^__^

comments

No comments: