Feel free to Follow Deffny's Blog.. ^__^

Thursday, February 26, 2015

MISTERI PESAKIT YANG MENINGGAL PADA HARI YANG SAMA

Hooo.,Picture saja suda bikin takut kan..huhu.

MISTERI PESAKIT YANG MENINGGAL PADA HARI DAN JAM YANG SAMA

Ada sebuah kejadian yang aneh terjadi di Unit Perawatan Kecemasan (ICU) [Nama hospital dirahsiakan], ditemukan para pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan selalu sahaja akan meninggal di katil yang sama, pada bilik yang sama, dan pada waktu yang sama juga iaitu pada setiap hari jumat Jam 8:00 malam namun dengan umur yang berbeza, jantina yang berbeza dan keadaan latar belakang pesakit yang berbeza.

Hal ini akhirnya sangat merisaukan dan membingungkan para doktor dan beberapa pihak yang berkaitan. Bahkan ada yang berfikiran bahawa hal ini ada hubungkaitnya dengan supernatural atau paranormal kerana ada sahaja kejadian yang berulang berlaku setiap hari jumaat dan pada katil yang sama dan bilik pesakit yang sama. 
Sungguh aneh bukan..?
Lalu para doktor memutuskan untuk menyiasat penyebab kepada kejadian yang berulang ini. 

Hari Jumaat pun tiba, semua orang dalam hospital tersebut menunggu dengan gelisah dan terasa begitu tegang sekali apakah kejadian buruk itu akan berulang kembali pada jam yang sama dan malam jumaat yang sama?
Lalu dibaringkan pesakit baru itu di katil yang sama dan bilik yang sama.
Beberapa doktor sudah memegang tasbih, Quran, Alkitab, bahkan yang sebahagian lagi memegang bawang putih, limau kasturi, kayu salib dan benda-benda yang menjadi kepercayaan mereka untuk menghalau Syaitan. 

Sementara pesakit yang baru itu sedang terbaring di katil yang sama itu, seiring dengan itu masa pun sedang berjalan menunjukkan pukul 7:00 malam.... 7:15.... 7:20........... 7:30.................
sekitar dalam beberapa jam sebelum tepat jam 8:00 malam yang misteri itu...
Pintu bilik pesakit itu terbuka. Kemudian masuklah seseorang ke dalam bilik tersebut. Dia mencabut kabel alat bantu pernafasan pesakit dari sambungan pembekal oksigen itu lalu menggantikannya dengan menyambungkan ke vacuum cleaner dan mulai membersihkan bilik itu.
Ooooowwwwww...Rupa-rupanya semua ini adalah angkara Aunty kerja part time yang menggantikan pekerja cleaning service  yang lama untuk setiap hari jumaat.
. . . .



 . . . . . .



    . . . . .  . .


Jennnnnggg...jennggggggggg.... jennnnnnnnggggggggg...
Ha .. ha... ha..hahahahahahahahhaha....
Best ka tda cerita seram dari sya..? lel..
Hihihihihihi...
Sebenarnya sya pun terkena bah ni..
Bukan main serius suda sya membaca part pegang "kayu salib" segala...
Tupp..tuppp....Cerita hantu yang tda menjadi rupanya kan..

Bah..Sendiri sudah terkena...
Kenakan kawan-kawan yang lain pula... hihi haha...


Jangan lupa klik LIKE.. ;)


comments

No comments: