Feel free to Follow Deffny's Blog.. ^__^

Thursday, June 18, 2015

Perasaan Trauma dan gelisah terus mengahantui penduduk Sabah selepas dari kejadian gempa bumi 5 Jun 2015


Sya x nafihkan perasaan takut, gelisah, berdebar, cemas, trauma masih menghantui seluruh penduduk yang berada di kawasan Sabah terutama di bahagian Ranau, Kundasang, Poring dan beberapa tempat yang berdekatan.



Perasaan sya sendiri secara peribadi : "Susah untuk sya huraikan dengan begitu terperinci apa yang dirasakan.." Speechless ~ 

Apa yang telah menimpa Negeri Sabah 5 Jun 2015 ini betul-betul adalah sesuatu yang luar dari jangkaan.. Luar dari pengetahuan dan luar dari pemikiran.. Sya terus terang sya x perna terfikir sampai tahap ini yang akan terjadi menimpa Negeri ku yang tercinta...Huhuu..

Sejak kejadian Gempa Bumi yang menimpa Negeri Sabah pada 5 Jun 2015 lalu... 
Gempa susulan demi susulan terus terjadi sehingga hari ini. 
Hati kecil sya bertanya : "Bilakah semua ini akan berakhir..?" 
Sehingga sya merindui suasana aman yang dirasakan selama bertahun-tahun menjadi penduduk Sabah. Kini tidak ada sudah istilah bahawa " Kita penduduk Sabah bebas dari segala macam jenis bencana alam yang merbahaya.." 
Tapi kini kita sudah dan sedang mengalaminya..

Sejak dari 5 Jun, gegaran demi gegaran terus mengahantui penduduk... 
Sya senang menceritakan sendiri apa yang terjadi dan apa yang dialami di kampung Poring khususnya.. (Biar orang lain yang menceritakan kejadian di kawasan mereka seperti di Kundasang, Ranau dan beberapa tempat yang masih boleh merasakan gegaran demi gegaran yang tidak ada hentinya setiap saat..)

Bagi yang ada mengikuti setiap post sya di FB mungkin tertanya... 
"Biar betul ni begitu banyak gegaran seperti yang dia laporkan..?"
"Rajin juga dia update status ni..."
"Waaa.,jadi pemberita sudah dia ni..."
"Penuh sudah Home sya disebabkan Post dia ni telampau banyak.."
"Minta Puji saja tuh.."

Ya.,Sya x nafihkan itu semua... 
Bagi yang tidak mengikuti setiap post sya di FB atau yang bukan Friends dalam FB.. 
Sya senang untuk kongsikan ini : 
Di mana, sya telah usahakan supaya dapat melaporkan setiap gegaran yang berlaku, baik itu skala gegaran yang tidak kuat, sederhana dan kuat. 
Semuanya sya laporkan.. 


Ini adalah 4 Jun 2015.. Tiada tanda-tanda.. Siap feeling Amazing lagi dengan bulan yang cantik..
5 Jun 2015 - Pada jam 7:15 Am terjadinya sejarah yang tidak mungkin dapat dilupakan.. Baru saja tengo muvi "San Andreas" tu hari.. Betapa traumanya bila ini bukan setakat movie...
Ini sya mula update status suda setiap kali ada gegaran.. Hampir setiap jam gegaran berlaku.. 1 jam mau 3 kali juga bergegar..






























  














Kesihatan mula terjejas apabila tidur sentiasa dalam berjaga-jaga... Bukan takut mati punya kes tapi bilang orang.. Jika sengaja membahayakan diri walaupun tau bagaimana harus selamat dan berjaga-jaga maka itu sama saja dengan bunuh diri jika tidak berhati-hati atau berjaga-jaga... 


Agak slow sudah sya melaporkan setiap gegaran.. Pasal ada orang yang mula tidak menyenangi post-post sya...huhuhu..
  






Ini adalah gegaran kedua kuat selepas 6.2 skala Richter pada 5 Jun 2015 lalu.. 






Banyak kannn..?
Kira-kiranya jika sya mau menipu2 saja mau update status tentang gegaran adakah sya serajin ini..?
Dan apakah yang sya dapat jika semua ini cuma 1 penipuan..??
Tapi..... terimalah....
Inilah yang betul-betul terjadi dan apa yang kami di sini alami..
Sya fikir hanya dalam 60% sahaja yang sempat sya laporan menurut keseluruhan gegaran yang terjadi setiap beberapa detik..

Mungkin ada juga yang cakap minta puji, mau juga kasitau dan apalah ni pemberita tidak berbayar...
Bagi sya... apa yang sya mampu dan berkesempatan untuk lakukan... 
Biarlah.,sya laporkan sahaja...
Mungkin ada yang merasakan ini semua sia-sia saja... Tiada maknanya mau update2... 

Sya merasakan ini penting untuk pengetahuan orang ramai, keluarga yang berada di mana-mana supaya langkah berjaga-jaga dan bersiap sedia dapat diambil.. 

Itulah sebenarnya yang sya fikirkan kenapa perlu sya laporkan setiap masa...
Biarlah laporkan saja daripada menyesal bila akhirnya sesuatu yang tidak diingini betul-betul terjadi..
Namun dengan rendah hati sya mau minta maaf...
*Minta maaf dengan cara melaporkan gegaran dengan cara yang tidak formal.. Sya sengaja laporkan setiap gegaran disertai dengan icon/feeling supaya kalian-kalian yang membaca tidak serius sangat..

Bayangkan saya ini bukan pemberita rasmi tiba-tiba melaporkan setiap gegaran tersebut dengan formal dan serius..
Contoh : 

5:58 Am - EQ 05:58am 18/06/15,6.1N 116.6E Mag4.0 Dep10km,Ranau.11km NW of Ranau,Sabah.Tremors felt in Ranau.MMD
8:29 Am - EQ 08:29am 18/06/15,6.1N 116.6E Mag4.2 Dep10km,Ranau.11km NW of Ranau,Sabah.Tremors felt in Ranau.MMD
9:02 Am - 
EQ 09:02am 18/06/15,6.1N 116.6E Mag3.0 Dep10km,Ranau.11km NW of Ranau,Sabah.Tremors felt in Ranau.MMD


Kira-kira apa perasaan kamu yang nampak update begini..
Serius sangatkan..? Nampak lebih menakutkan..?
Kalau pemberita rasmi yang update begini tidak apa juga...

Tapi apa-apa pun sya minta maaf kepada sesiapa yang tidak menyenangi akan post-post ini dan juga cara-cara melaporkan yang tidak berapa nak formal..Huhu.. 

Apa yang sya boleh katakan..
Yang tinggal di kawasan Poring, Kiau dan Kundasang yang merasakan gegaran setiap saat ini... Sama ada kamu mau percaya atau tidak... Sya x paksa untuk percaya...(Dari kamu saja baitu..)
Pasal hari tu ada yang nampak sya update status dan comment seperti ini : "Arrhh.,biar btul ko ini.. Sya nampak tiada lagi pun orang update2 status mengatakan ada gegaran" 
Ini adalah bukti di mana kakak sya yang berada di Kampung Poring dapat merasakan gegaran itu, Manakala sya yang berada di tempat kerja di Pekan Ranau pada sebelah pagi sehingga petang tidak merasakan apa-apa gegaran..
Demikian saja bebarapa yang dapat sya jelaskan dan laporkan..
Jika pihak yang bertanggungjawab berfikir ini adalah sesuatu yang serius ada baiknya pemantauan dilakukan di beberapa tempat yang masih merasakan gegaran ini setiap hari..

Bagi kita semua...
Apa pun Bangsa dan Agama kita..
Mari kita terus-menerus bersatu di dalam doa.
Yang berada jauh dari family.. Family ada di sabah.. Selalu-selalulah telefon mereka tanya khabar... Jangan cakap RISAU SAHAJA TETAPI TIDAK ADA APA-APA TINDAKAN.. Tidak salah itu selalu calling-calling.. Mungkin ini juga salah 1 maksud Tuhan supaya hubungan kita dengan keluarga bertambah erat.. :) ~Positif saja...

Sememangnya kita hanya manusia yang tidak mampu untuk berbuat apa-apa, bahkan tidak mampu untuk mengubah apa-apa yang sedang terjadi ini..
Tapi sya percaya akan 1 hal..
Tuhan tidak pernah terlalu kejam sehingga tidak akan mendengarkan setiap seru doa kita.. Tuhan itu baik.. Karakter-Nya tidak akan berubah-ubah setiap masa... Kajap baik... kejap jahat...

Kita boleh meminta kepada Tuhan..
Namun bukan memaksa Tuhan...
Biar segala sesuatu itu terjadi sesuai dengan kehendak Tuhan..
Pasti segala sesuatu apa pun itu adalah yang terbaik dari Tuhan kita sebab Dia lebih mengetahui apa yang terbaik...

"jika kamu yang jahat tahu memberi pemberian yang baik kepada anak-anakmu, apalagi Bapamu yang di sorga! 
Ia akan memberikan yang baik kepada mereka yang meminta kepada-Nya."
(Matius 7:11)


#KeepPraying
#BeStrong

comments

Monday, June 8, 2015

GEMPA BUMI MENIMPA RANAU SABAH PADA 5 JUN 2015

Inilah keretakan yang berlaku di beberapa dinding dalam rumah..

Tajuk macam dalam surat khabar saja kan..?
Jangan main-main dengan tajuk ini...
Tajuk bukan sekadar tajuk ni tapi menjadi sejarah dalam kehidupan untuk selama-lamanya bagi siapa-siapa yang mengalami kejadian ini.

Saya ingin mengambil kesempatan ini.. (Kiranya ini kesempatan terakhir untuk menambah entry dalam Blog yang berhabuk sudah ni..aiseh..)

Penting tajuk ini untuk saya masukkan dalam salah satu entry dalam blog ni..

Why..??
Bagi saya ini adalah pengalaman dan sejarah paling tidak dapat saya lupakan seumur hidup saya di dunia ini..

5 Jun 2015 - Jumaat
Tarikh yang bersejarah sekali terjadi dalam hidup saya di mana saya antara manusia atau orang-orang yang mengalami gempa bumi secara live pada jam 7:15 pagi bertempat di rumah ibubapa saya di Poring, Ranau. (Details sangat arh..)

Awal pagi saya dan husband bangun bersiap-siap untuk jalan pgi kerja..
Seawal jam 5:45 Am gitu la kira-kira kami bangun tu...
Mandi, bersiap, bersolek dan becantik-cantik...hohoo...
Sudah siap berbaju kurung purple dengan ayunya kunun saya turun untuk bersarapan sebelum jalan..

Saya masih ingat waktu itu, kira-kira jam 7 pagi tepat...
Milo dan biskut saja sarapan pagi itu.. Sarapan yang cukup sederhana saja.. Maklumlah mau cepat-cepat jalan pgi kerja bah knun... Mau cipta rekod yang baik kunun-kononnya...

Langsung tiada sedikit pun tanda-tanda akan terjadi gempa bumi tau... Sehingga la pada jam 7:15 Am... Tiba-tiba 1 dentuman kuat macam mesin basuh rosak dan berhantu diiringi dengan gegaran dan goyangan yang sangaattttt kuat.. Saya dan husband sambil berpandangan... Lidah keluh tidak terkata.....
"Sya tingu kau... kau tingu sya.."
Segala barang-barang di rak berjatuhan... Frame-frame yang bergantungan di dinding pun bergerak-gerak macam minta dilepaskan...
Tv yang besar namun nipis macam papan saja terhuyung hayang tinggal menanti untuk jatuh... Milo dalam gelas pun berombak-ombak..(Entah apakah penggunaan bahasa ni..) 

Badan masing-masing terhuyung hayang... (Waduhh.,ini kalau karangan yang perlu dihantar dan diperiksa confirm terus kena panggil berjumpa di bilik guru..) Failed..!!

Terus terang dalam keadaan beberapa saat itu.. Saya masih blur... "I don't get it.."
Sebenarnya terlampau terkejut dengan keadaan yang Tiba-tiba itu..
Macam mimpi tapi sudah sah bukan mimpi...
Tidak pernah langsung terlintas di fikiran sya ooow...
Pernah juga terjadi gempa bumi pada suatu ketika dulu kalau sya x silap 2013 tu.. Tapi itu x la sekuat yang berlaku pada 5 Jun 2015 iaitu mencapai 6.1 Skala Richer.. Woooow.,paling tinggi ni ooow x perna mencapai sampai skala tinggi macam ni.. 


Bila saya nampak TV pun sudah terhuyung-hayang macam papan nipis saja tinggal tunggu mau jatuh saja.. Ada juga perasaan saya mau selamatkan TV tu supaya tidak jatuh... Tapi tiba-tiba hati kecil saya berbisik seperti ini : "Seandainya hari ini adalah hari kiamat sudah.. Apakah lagi guna mau menyelamatkan TV..?huhu"

Sempat juga saya berdialog sesama diri sendiri..haha..


Terus tiba-tiba saya tersedar yang saya terover emosi..hahah..
Hati saya bertanya dengan Tuhan : "Tuhan adakah ini masanya..?"
Saya sedar sendiri bahawa jelas Tuhan katakan.. "Belum lagi.."
Tuhan mau kita jadikan ini sebagai peringatan..
Saya sendiri sedar betapa Tuhan begitu mengasihi setiap kita sehingga masih ada kesempatan yang Tuhan sediakan.. Jika di waktu gempa bumi terjadi dan pengangkatan juga sedang terjadi.. Saya terus terang saya akan menangis dengan teruk memikirkan bahawa :
1. Masih banyak saudara mara dan teman-teman yang belum menerima keselamatan dari Tuhan.

2. Masih banyak yang belum saya kerjakan apa yang Tuhan ingin saya kerjakan

Ya.,itulah perasaan yang saya hadapi pada waktu itu...
Saya betul-betul bersyukur... Biarpun keadaan yang begitu mencemaskan itu terjadi pada waktu itu. Semua orang dalam rumah yang dalam keadaaan terkejut dan ketakutan kelam-kabut berlarian keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri..
Saya yang sepatutnya berjalan dengan penuh keayuan sebagai seorang wanita yang memakai baju kurung berwarna purple pun terus berlarian keluar lintang pukang juga dari rumah dengan hanya memakai selipar jipun..
Pintu yang selama ini luas pun terasa menjadi sempit pula pada waktu itu..huhu..


Seluruh bangunan rumah bergoyang dan terus bergoyang diiringi dengan bunyi guurrhhh duuurrgggg wuurrhhh yang sangaattt kuat. Saya pun tidak peduli berapa lamakah gegaran itu berlanjutan.. Yang pasti saya tidak mau lagi merasai perasaan itu... Saya betul-betul ingat kami di ambang kematian sudah pada masa itu.. Tinggal tunggu mati saja.. Lidah tidak berhenti berdoa dengan automatiknya... Perkara pertama yang betul-betul terlintas dalam hati dan fikiran saya pada waktu itu adalah Tuhan. Hanya Tuhan saja yang mampu untuk mengawal semua ini. Saya betul-betul akui dalam hati, fikiran dan iman saya betapa HANYA TUHAN YANG BERKUASA. 

Selepas kejadian Gempa bumi yang berlaku pada jam 7:15 pagi (5 Jun 2015_Jumaat) Ianya tidak berakhir begitu saja... Ada banyak kejadian lagi yang terus terjadi sehingga menghantui seluruh penduduk negeri sabah khususnya Ranau, Kundasang & Poring. 

Saya senang untuk kongsikan beberapa perkara yang saya fikir perlu saya kongsikan kepada semua orang.. 
Ikuti entry seterusnya... 
Jika tiada halangan saya akan kongsikan perasaan saya sepanjang menghadapi gempa bumi yang belum surut-surut, bergegar hampir sepanjang masa dalam beberapa hari... 
Saya akan kongsikan juga apa maksud Tuhan atau apa pesan yang Tuhan letakkan di hati saya untuk kejadian yang menimpa Sabah ini. 

"APA PUN YANG TERJADI, TUHAN PUNYA MAKSUD"

Kita tahu sekarang, bahwa Allah turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia, yaitu bagi mereka yang terpanggil sesuai dengan rencana Allah.
(Roma 8:28)


comments