Feel free to Follow Deffny's Blog.. ^__^

Saturday, December 12, 2015

Should I continue writing?

jWoow.,After so long.. 
Sampai sya suda x tau story apa yang boleh sya kongsikan di sini oow..

Hmm.,Just want to say thank you..
Hmm.? Thank you for what? 
Thank you for visiting..
Anda sangat setia.. 
Siapa pun anda yang masih menyinggah di blog sya yang terbiar ini..
I want to Pray for you.. 
"Biar Tuhan terus menerus memelihara kehidupan mu baik di mana dan apa pun yang kamu perbuat.. Damai sejahtera(How to spell sejahtera??) 
Biar Damai sejahtera dari syurgawai sentiasa memenuhi kamu selalu.. 
In Jesus Name, Amen" 

Ya.,doa ringkas.. Tapi bila kita percaya semuanya akan menjadi betul-betul terjadi..
I miss to keep writing something in my blog.. But ehmmmm... 
Entah la.. 
Apakah yang menjadi penghalang?
Penghalang ka pemalas?tionnngggg#^*%!

Oke la.. Pye pye..
Saja mau test tambah Blog entery dari handphone.. 


Hmm.,there's something about this pic..
x tau macam mana mau explain.. 
Sya telampau pandai melukis bah..ahha.. 

Wokey la..
Good night everyone..
God Bless.. 
comments

Tuesday, July 14, 2015

SAYA KUAT


Hahaa.. bukan saya yang kuat arh. :p
Tadi jalan-jalan cuci mata..(membuang masa rehat)
Tergerak hati mau jalan di ruangan baju-baju..
Tiba-tiba muncul pula ni baju depan mata..Hahaa..
Ada-ada sajalah orang punya idea ni sekarang..

~ SAYA KUAT ~
Kalau kamu nampak orang pakai baju ni apa yang akan kamu fikirkan..?
Dia seorang yang kuat..? kuat yang gagah, tegap kah..?
Lain pula cara berfikir saya..hahaaa..
Kalau kebetulan orang tu pakai tu baju SAYA KUAT dan sedang makan dengan lahap dan gelojohnya.
saya rasa dengan sendiri dan automatic'
'nya fikiran saya akan ter'connect seperti ini :
SAYA KUAT MAKAN MACAM YANG KAMU NAMPAK SEKARANG NI..lol.. 

Ada lagi yang lebih parah punya baju..
~ I AM VIRGIN ~
Mungkin saja yang memakai baju tu tidak ada apa-apa niat selain memakai baju tu sebagai baju. 
Tapi jangan hairan pula kalau tiba-tiba lain pula yang jadi.
Orang yang baca tu nanti pandai-pandai pula menafsir itu sebagai ada maksud tersirat..
Bahaya ka tidak..?

Tiba-tiba kena tarik masuk hutan.
Silap hari bulan masuk surat khabar berita tergempar "seorang perempuan telah dirogol.."
wwwuuuuu...dahsyat tau manusia zaman kini..
So, ingatlah kawan-kawan..
Jangan bilang baju-baju saja..
perkataan-perkataan saja..
aiyaa..kolotlah yang apa pun tidak boleh pakai..

Hmmm..pengajarannya...
Berjaga-jagalah dalam memilih baju / t-shirt yang ada huruf, tulisan dan perkataan.
Unik idea orang yang mencipta perkataan di baju T-shirt tu.
Unik lagi fikiran manusia-manusia yang membaca perkataan dalam baju tu.
Boleh jadi macam-macam juga oow..
So, ingat ini : "Fikir dulu sebelum beli baju-baju yang ada perkataan.. 
Kadang-kadang yang cantik belum tentu baik untuk dipakai disebabkan perkataan yang ada dalam baju tu.."
comments

Thursday, June 18, 2015

Perasaan Trauma dan gelisah terus mengahantui penduduk Sabah selepas dari kejadian gempa bumi 5 Jun 2015


Sya x nafihkan perasaan takut, gelisah, berdebar, cemas, trauma masih menghantui seluruh penduduk yang berada di kawasan Sabah terutama di bahagian Ranau, Kundasang, Poring dan beberapa tempat yang berdekatan.



Perasaan sya sendiri secara peribadi : "Susah untuk sya huraikan dengan begitu terperinci apa yang dirasakan.." Speechless ~ 

Apa yang telah menimpa Negeri Sabah 5 Jun 2015 ini betul-betul adalah sesuatu yang luar dari jangkaan.. Luar dari pengetahuan dan luar dari pemikiran.. Sya terus terang sya x perna terfikir sampai tahap ini yang akan terjadi menimpa Negeri ku yang tercinta...Huhuu..

Sejak kejadian Gempa Bumi yang menimpa Negeri Sabah pada 5 Jun 2015 lalu... 
Gempa susulan demi susulan terus terjadi sehingga hari ini. 
Hati kecil sya bertanya : "Bilakah semua ini akan berakhir..?" 
Sehingga sya merindui suasana aman yang dirasakan selama bertahun-tahun menjadi penduduk Sabah. Kini tidak ada sudah istilah bahawa " Kita penduduk Sabah bebas dari segala macam jenis bencana alam yang merbahaya.." 
Tapi kini kita sudah dan sedang mengalaminya..

Sejak dari 5 Jun, gegaran demi gegaran terus mengahantui penduduk... 
Sya senang menceritakan sendiri apa yang terjadi dan apa yang dialami di kampung Poring khususnya.. (Biar orang lain yang menceritakan kejadian di kawasan mereka seperti di Kundasang, Ranau dan beberapa tempat yang masih boleh merasakan gegaran demi gegaran yang tidak ada hentinya setiap saat..)

Bagi yang ada mengikuti setiap post sya di FB mungkin tertanya... 
"Biar betul ni begitu banyak gegaran seperti yang dia laporkan..?"
"Rajin juga dia update status ni..."
"Waaa.,jadi pemberita sudah dia ni..."
"Penuh sudah Home sya disebabkan Post dia ni telampau banyak.."
"Minta Puji saja tuh.."

Ya.,Sya x nafihkan itu semua... 
Bagi yang tidak mengikuti setiap post sya di FB atau yang bukan Friends dalam FB.. 
Sya senang untuk kongsikan ini : 
Di mana, sya telah usahakan supaya dapat melaporkan setiap gegaran yang berlaku, baik itu skala gegaran yang tidak kuat, sederhana dan kuat. 
Semuanya sya laporkan.. 


Ini adalah 4 Jun 2015.. Tiada tanda-tanda.. Siap feeling Amazing lagi dengan bulan yang cantik..
5 Jun 2015 - Pada jam 7:15 Am terjadinya sejarah yang tidak mungkin dapat dilupakan.. Baru saja tengo muvi "San Andreas" tu hari.. Betapa traumanya bila ini bukan setakat movie...
Ini sya mula update status suda setiap kali ada gegaran.. Hampir setiap jam gegaran berlaku.. 1 jam mau 3 kali juga bergegar..






























  














Kesihatan mula terjejas apabila tidur sentiasa dalam berjaga-jaga... Bukan takut mati punya kes tapi bilang orang.. Jika sengaja membahayakan diri walaupun tau bagaimana harus selamat dan berjaga-jaga maka itu sama saja dengan bunuh diri jika tidak berhati-hati atau berjaga-jaga... 


Agak slow sudah sya melaporkan setiap gegaran.. Pasal ada orang yang mula tidak menyenangi post-post sya...huhuhu..
  






Ini adalah gegaran kedua kuat selepas 6.2 skala Richter pada 5 Jun 2015 lalu.. 






Banyak kannn..?
Kira-kiranya jika sya mau menipu2 saja mau update status tentang gegaran adakah sya serajin ini..?
Dan apakah yang sya dapat jika semua ini cuma 1 penipuan..??
Tapi..... terimalah....
Inilah yang betul-betul terjadi dan apa yang kami di sini alami..
Sya fikir hanya dalam 60% sahaja yang sempat sya laporan menurut keseluruhan gegaran yang terjadi setiap beberapa detik..

Mungkin ada juga yang cakap minta puji, mau juga kasitau dan apalah ni pemberita tidak berbayar...
Bagi sya... apa yang sya mampu dan berkesempatan untuk lakukan... 
Biarlah.,sya laporkan sahaja...
Mungkin ada yang merasakan ini semua sia-sia saja... Tiada maknanya mau update2... 

Sya merasakan ini penting untuk pengetahuan orang ramai, keluarga yang berada di mana-mana supaya langkah berjaga-jaga dan bersiap sedia dapat diambil.. 

Itulah sebenarnya yang sya fikirkan kenapa perlu sya laporkan setiap masa...
Biarlah laporkan saja daripada menyesal bila akhirnya sesuatu yang tidak diingini betul-betul terjadi..
Namun dengan rendah hati sya mau minta maaf...
*Minta maaf dengan cara melaporkan gegaran dengan cara yang tidak formal.. Sya sengaja laporkan setiap gegaran disertai dengan icon/feeling supaya kalian-kalian yang membaca tidak serius sangat..

Bayangkan saya ini bukan pemberita rasmi tiba-tiba melaporkan setiap gegaran tersebut dengan formal dan serius..
Contoh : 

5:58 Am - EQ 05:58am 18/06/15,6.1N 116.6E Mag4.0 Dep10km,Ranau.11km NW of Ranau,Sabah.Tremors felt in Ranau.MMD
8:29 Am - EQ 08:29am 18/06/15,6.1N 116.6E Mag4.2 Dep10km,Ranau.11km NW of Ranau,Sabah.Tremors felt in Ranau.MMD
9:02 Am - 
EQ 09:02am 18/06/15,6.1N 116.6E Mag3.0 Dep10km,Ranau.11km NW of Ranau,Sabah.Tremors felt in Ranau.MMD


Kira-kira apa perasaan kamu yang nampak update begini..
Serius sangatkan..? Nampak lebih menakutkan..?
Kalau pemberita rasmi yang update begini tidak apa juga...

Tapi apa-apa pun sya minta maaf kepada sesiapa yang tidak menyenangi akan post-post ini dan juga cara-cara melaporkan yang tidak berapa nak formal..Huhu.. 

Apa yang sya boleh katakan..
Yang tinggal di kawasan Poring, Kiau dan Kundasang yang merasakan gegaran setiap saat ini... Sama ada kamu mau percaya atau tidak... Sya x paksa untuk percaya...(Dari kamu saja baitu..)
Pasal hari tu ada yang nampak sya update status dan comment seperti ini : "Arrhh.,biar btul ko ini.. Sya nampak tiada lagi pun orang update2 status mengatakan ada gegaran" 
Ini adalah bukti di mana kakak sya yang berada di Kampung Poring dapat merasakan gegaran itu, Manakala sya yang berada di tempat kerja di Pekan Ranau pada sebelah pagi sehingga petang tidak merasakan apa-apa gegaran..
Demikian saja bebarapa yang dapat sya jelaskan dan laporkan..
Jika pihak yang bertanggungjawab berfikir ini adalah sesuatu yang serius ada baiknya pemantauan dilakukan di beberapa tempat yang masih merasakan gegaran ini setiap hari..

Bagi kita semua...
Apa pun Bangsa dan Agama kita..
Mari kita terus-menerus bersatu di dalam doa.
Yang berada jauh dari family.. Family ada di sabah.. Selalu-selalulah telefon mereka tanya khabar... Jangan cakap RISAU SAHAJA TETAPI TIDAK ADA APA-APA TINDAKAN.. Tidak salah itu selalu calling-calling.. Mungkin ini juga salah 1 maksud Tuhan supaya hubungan kita dengan keluarga bertambah erat.. :) ~Positif saja...

Sememangnya kita hanya manusia yang tidak mampu untuk berbuat apa-apa, bahkan tidak mampu untuk mengubah apa-apa yang sedang terjadi ini..
Tapi sya percaya akan 1 hal..
Tuhan tidak pernah terlalu kejam sehingga tidak akan mendengarkan setiap seru doa kita.. Tuhan itu baik.. Karakter-Nya tidak akan berubah-ubah setiap masa... Kajap baik... kejap jahat...

Kita boleh meminta kepada Tuhan..
Namun bukan memaksa Tuhan...
Biar segala sesuatu itu terjadi sesuai dengan kehendak Tuhan..
Pasti segala sesuatu apa pun itu adalah yang terbaik dari Tuhan kita sebab Dia lebih mengetahui apa yang terbaik...

"jika kamu yang jahat tahu memberi pemberian yang baik kepada anak-anakmu, apalagi Bapamu yang di sorga! 
Ia akan memberikan yang baik kepada mereka yang meminta kepada-Nya."
(Matius 7:11)


#KeepPraying
#BeStrong

comments

Monday, June 8, 2015

GEMPA BUMI MENIMPA RANAU SABAH PADA 5 JUN 2015

Inilah keretakan yang berlaku di beberapa dinding dalam rumah..

Tajuk macam dalam surat khabar saja kan..?
Jangan main-main dengan tajuk ini...
Tajuk bukan sekadar tajuk ni tapi menjadi sejarah dalam kehidupan untuk selama-lamanya bagi siapa-siapa yang mengalami kejadian ini.

Saya ingin mengambil kesempatan ini.. (Kiranya ini kesempatan terakhir untuk menambah entry dalam Blog yang berhabuk sudah ni..aiseh..)

Penting tajuk ini untuk saya masukkan dalam salah satu entry dalam blog ni..

Why..??
Bagi saya ini adalah pengalaman dan sejarah paling tidak dapat saya lupakan seumur hidup saya di dunia ini..

5 Jun 2015 - Jumaat
Tarikh yang bersejarah sekali terjadi dalam hidup saya di mana saya antara manusia atau orang-orang yang mengalami gempa bumi secara live pada jam 7:15 pagi bertempat di rumah ibubapa saya di Poring, Ranau. (Details sangat arh..)

Awal pagi saya dan husband bangun bersiap-siap untuk jalan pgi kerja..
Seawal jam 5:45 Am gitu la kira-kira kami bangun tu...
Mandi, bersiap, bersolek dan becantik-cantik...hohoo...
Sudah siap berbaju kurung purple dengan ayunya kunun saya turun untuk bersarapan sebelum jalan..

Saya masih ingat waktu itu, kira-kira jam 7 pagi tepat...
Milo dan biskut saja sarapan pagi itu.. Sarapan yang cukup sederhana saja.. Maklumlah mau cepat-cepat jalan pgi kerja bah knun... Mau cipta rekod yang baik kunun-kononnya...

Langsung tiada sedikit pun tanda-tanda akan terjadi gempa bumi tau... Sehingga la pada jam 7:15 Am... Tiba-tiba 1 dentuman kuat macam mesin basuh rosak dan berhantu diiringi dengan gegaran dan goyangan yang sangaattttt kuat.. Saya dan husband sambil berpandangan... Lidah keluh tidak terkata.....
"Sya tingu kau... kau tingu sya.."
Segala barang-barang di rak berjatuhan... Frame-frame yang bergantungan di dinding pun bergerak-gerak macam minta dilepaskan...
Tv yang besar namun nipis macam papan saja terhuyung hayang tinggal menanti untuk jatuh... Milo dalam gelas pun berombak-ombak..(Entah apakah penggunaan bahasa ni..) 

Badan masing-masing terhuyung hayang... (Waduhh.,ini kalau karangan yang perlu dihantar dan diperiksa confirm terus kena panggil berjumpa di bilik guru..) Failed..!!

Terus terang dalam keadaan beberapa saat itu.. Saya masih blur... "I don't get it.."
Sebenarnya terlampau terkejut dengan keadaan yang Tiba-tiba itu..
Macam mimpi tapi sudah sah bukan mimpi...
Tidak pernah langsung terlintas di fikiran sya ooow...
Pernah juga terjadi gempa bumi pada suatu ketika dulu kalau sya x silap 2013 tu.. Tapi itu x la sekuat yang berlaku pada 5 Jun 2015 iaitu mencapai 6.1 Skala Richer.. Woooow.,paling tinggi ni ooow x perna mencapai sampai skala tinggi macam ni.. 


Bila saya nampak TV pun sudah terhuyung-hayang macam papan nipis saja tinggal tunggu mau jatuh saja.. Ada juga perasaan saya mau selamatkan TV tu supaya tidak jatuh... Tapi tiba-tiba hati kecil saya berbisik seperti ini : "Seandainya hari ini adalah hari kiamat sudah.. Apakah lagi guna mau menyelamatkan TV..?huhu"

Sempat juga saya berdialog sesama diri sendiri..haha..


Terus tiba-tiba saya tersedar yang saya terover emosi..hahah..
Hati saya bertanya dengan Tuhan : "Tuhan adakah ini masanya..?"
Saya sedar sendiri bahawa jelas Tuhan katakan.. "Belum lagi.."
Tuhan mau kita jadikan ini sebagai peringatan..
Saya sendiri sedar betapa Tuhan begitu mengasihi setiap kita sehingga masih ada kesempatan yang Tuhan sediakan.. Jika di waktu gempa bumi terjadi dan pengangkatan juga sedang terjadi.. Saya terus terang saya akan menangis dengan teruk memikirkan bahawa :
1. Masih banyak saudara mara dan teman-teman yang belum menerima keselamatan dari Tuhan.

2. Masih banyak yang belum saya kerjakan apa yang Tuhan ingin saya kerjakan

Ya.,itulah perasaan yang saya hadapi pada waktu itu...
Saya betul-betul bersyukur... Biarpun keadaan yang begitu mencemaskan itu terjadi pada waktu itu. Semua orang dalam rumah yang dalam keadaaan terkejut dan ketakutan kelam-kabut berlarian keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri..
Saya yang sepatutnya berjalan dengan penuh keayuan sebagai seorang wanita yang memakai baju kurung berwarna purple pun terus berlarian keluar lintang pukang juga dari rumah dengan hanya memakai selipar jipun..
Pintu yang selama ini luas pun terasa menjadi sempit pula pada waktu itu..huhu..


Seluruh bangunan rumah bergoyang dan terus bergoyang diiringi dengan bunyi guurrhhh duuurrgggg wuurrhhh yang sangaattt kuat. Saya pun tidak peduli berapa lamakah gegaran itu berlanjutan.. Yang pasti saya tidak mau lagi merasai perasaan itu... Saya betul-betul ingat kami di ambang kematian sudah pada masa itu.. Tinggal tunggu mati saja.. Lidah tidak berhenti berdoa dengan automatiknya... Perkara pertama yang betul-betul terlintas dalam hati dan fikiran saya pada waktu itu adalah Tuhan. Hanya Tuhan saja yang mampu untuk mengawal semua ini. Saya betul-betul akui dalam hati, fikiran dan iman saya betapa HANYA TUHAN YANG BERKUASA. 

Selepas kejadian Gempa bumi yang berlaku pada jam 7:15 pagi (5 Jun 2015_Jumaat) Ianya tidak berakhir begitu saja... Ada banyak kejadian lagi yang terus terjadi sehingga menghantui seluruh penduduk negeri sabah khususnya Ranau, Kundasang & Poring. 

Saya senang untuk kongsikan beberapa perkara yang saya fikir perlu saya kongsikan kepada semua orang.. 
Ikuti entry seterusnya... 
Jika tiada halangan saya akan kongsikan perasaan saya sepanjang menghadapi gempa bumi yang belum surut-surut, bergegar hampir sepanjang masa dalam beberapa hari... 
Saya akan kongsikan juga apa maksud Tuhan atau apa pesan yang Tuhan letakkan di hati saya untuk kejadian yang menimpa Sabah ini. 

"APA PUN YANG TERJADI, TUHAN PUNYA MAKSUD"

Kita tahu sekarang, bahwa Allah turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia, yaitu bagi mereka yang terpanggil sesuai dengan rencana Allah.
(Roma 8:28)


comments

Saturday, April 25, 2015

JOB DI RUMAH


Ambooii.,Cam ginikah pula yang bilangnya Job di rumah..? Gampang ya..?

Bisa-bisa saja duduk-duduk minum secawan coffee sementara kerintingin rambut..(Mesti ada yang suda rasa dia berada di Blog orang Indonesia ni sekarang) sekali sekala tidak apa la kan kita cakap bahasa lain.. Kepelbagaian bahasa bah namanya. :p

Apa itu JOB DI RUMAH..?

- Job di rumah adalah Job yang di rumah lah..lol
Owkey.,okey... Serius punya suda...huu..

JOB DI RUMAH adalah suatu pekerjaan yang kita lakukan hanya dari rumah sahaja selain dari menyapu, cuci kain dan memasak..hihi.. 


JOB DI RUMAH adalah sesuatu yang kita lakukan dan akan menerima bayaran hasil dari pekerjaan atau perkhidmatan yang telah kita berikan.


Apakah jenis-jenis pekerjaan atau apakah sebenarnya JOB DI RUMAH ini..?


Sebelum saya meneruskan penerangan ini..

Saya ingin bertanya... Kenapakah kalian boleh sampai di Blog ini..?
Kamu Klik kerana apa..?
Sebab kamu sedang mencari pekerjaan kah..?Hehe..
atau kamu secara tidak sengaja mau membacanya...lol pertanyaan mengalahkan penyiasat upahan oowh kan..hohoo..

Owkey., saya akan cuba terangkan seringkasnya(konon) apa itu dan bagaimanakah JOB DI RUMAH..


Ada beberapa Jenis atau Kategori JOB DI RUMAH, antaranya :


1. PERKHIDMATAN

contohnya :
Kita menaip atau buat kerja editing dari Komputer / Laptop kita di rumah sahaja dan anda akan di bayar oleh majikan.
Ada syarikat yang menyediakan tawaran-tawaran kerja sedemikian.
Kita siapkan kerja yang mereka tawarkan dan mereka akan membayar hasil kerja kita sesuai dengan persetujuan dari awal.
Ini memang lumayan juga. Ada yang mencecah US $150 sehari.
Waa.,convert duit Malaysia sudah RM450 la lebih kurang kan..?
Lumayan juga tu buat kerja sehari suda dapat RM450 dengan menaip atau meng'edit saja.. 
Saya tau di mana anda boleh mendapatkan pekerjaan seperti ini. 
Click JOB DI RUMAH
✔ Anda harus mendaftar menjadi ahli sah barulah dapat log in dalam akaun / web yang menawarkan peluang-peluang pekerjaan seperti yang saya sebutkan tadi.
Dan ada juga beberapa teknik yang berguna untuk kita belajar dan praktikkan yang disediakan untuk Pakej ahli sah bagi yang baru bermula dan mau berjinak-jinak dalam pekerjaan hanya dari rumah sahaja. 
Tidak perlu mau tanya mana officenya..? Sudah namanya JOB DI RUMAH..
Antara kerja-kerja yang ditawarkan adalah :
- Penyusunan data
- Editing Picture
- Translator
- Mencipta cerita untuk buku kanak-kanak
- Menyiapkan kerja pengiraan (Account)
- Membangun suatu web

*** Ada banyaaakkkk lagi... nanti kamu jadi Ahli sah dulu dan kamu akan tau dan belajar banyak perkara yang diajarkan di sana. Yang pastinya... Ia tidak akan sama seperti mana BOS kamurang buat pada kamu dan lontarkan kasih sayangnya kepada kalian. Waaa.,Kasih sayang sampai maki-maki oowhh.. Adakah itu masih kasih sayang..? Itu KASIH - AN namanya... 

Errr.,Whatever... "Bos always Right" Right lah sangat kan..hahaha..

2. MENJUAL

Kategori yang kedua adalah berbentuk menjual di mana kita harus mencari suatu produk untuk dijual dan memperkenalkan kepada rakan-rakan hanya melalui Online.
Antara kelebihan sebagai penjual Produk secara Online :
- Tidak perlu berjumpa dengan orang-orang secara berdepan
- Tidak perlu Tapak kedai, bangunan, lokasi menjual
- Masa bekerja tiada had kerana ini dilakukan dari rumah sahaja. 
- Boleh melakukan pengeposan bila-bila masa. Ada juga yang tidak menyimpan Produk/stock dan tidak Pos barang.. (Mudah gitue...)
- And Part yang paling Pinting (Penting) ;You are the BOSSSSSS..yihuuuu..
*** dan dengan tidak malunya saya mengaku bahawa saya adalah BOS ; OSUWOW ONLINE SHOPPING
Boleh cuba-cuba click untuk lihat-lihat apa yang ada di sini :
Osuwow Online BEUTY CARE Store
Osuwow Online FASHION Store

Hmm.,kenapa perlu menjual..? eee.,malu la mau menjual..

Weeii.,orang-orang kolot WAKE UP Orang kaya pun menjual apakan lagi orang yang tidak seberapa kaya kan..hehe.. 
Jangan pandang sebelah mata oow pasal menjual-jual online ni.. 
Banyak sudah sekarang suri-suri rumah yang hanya buat bisness online di rumah.. Income cecah RM4-RM6 ribu sebulan lebih banyak dari yang bekerja di office2 kononya tapi gaji baru RM800 sebulan..(oopss.,minta maap teda niat mengijik)

Jadi, kalau anda-anda sekalian yang mau menjadi penjual tapi menghadapi masalah tidak tau apa mau dijual, tidak tau macam mana mau bermula, tidak mempunyai modal atau tidak mau menjual dengan menyimpan stock-stock.. Feel free to ask me.. Direct personal msg 0178136219. Sya akan try bantu, don't worry sya suka tolong orang yang mau belajar dan seorang yang rajin berusaha. Tapi kalau kamu adalah seorang yang ada mindset "Duit jatuh dari langit" Sya tidak galakkan kamu personal msg saya...hahahhaaarr... DAN yang gaji RM5 ribu sebulan dan ke atas tu tidak perlulah lagilah mau personal msg sama sya.. :p


3. MENAJA

Bagi kategori Menaja pula adalah di mana kita tidak perlu menjual tetapi lebih kepada mengajak orang untuk mengikuti sesuatu program dan anda akan dibayar komisen setelah berjaya memperkenalkan program tersebut kepada seseorang sehingga dia berminat untuk join program tersebut.
Program menaja ini juga sesuatu yang boleh memberikan hasil yang lumayan jika anda seorang yang cute dan cantik, seorang yang peramah, senang bergaul, suka senyum, suka bercakap, dan bukan seorang yang jenis putus asa... (Part seorang yang cute & cantik, suka bergaul, senyum dan seangkatan dengannya tidak berkaitan sebenarnya.. saja saya kasi over.. :p )

Yang penting anda adalah seorang yang ada TARGET / MATLAMAT.

Banyak program-program yang berunsurkan menaja, namun ada 1 program yang saya rasa adalah sangat-sangat berbaloi untuk join. Di mana kita cuma perlu mencari 1- 7 orang dan kita akan berpotensi untuk menjana RM140 sebulan, RM826.00 sebulan, RM5,628.00 sebulan malah lebih dari itu hanya dengan membawa 1 - 7 orang sahaja untuk join program tersebut.
Dan 1 berita baiknya adalah Yuran pendaftaran yang TERSANGATLAH BERBALOI DAN MURAH. Makan KFC lagi mahal..haha..
Jika kamu rasa inilah bisnes yang tepat di hati kamu untuk dilakukan boleh direct whatsapp saya juga. masih di talian yang sama 0178136219.
Atau mungkin kamu baru mau cuba-cuba fikir dan siasat-siasat dulu..
Ya.,feel free to click MENJANA RM5,268.00 SEBULAN. Tidak akan rugi apa-apa pun kalau klik. Beras di rumah tidak akan habis..lol..

Owkey.,jadi demikianlah sedikit dari huraian tentang JOB DI RUMAH yang boleh saya kongsikan kepada anda... Jangan risau selagi dunia ini belum berakhir pintu dan tingkap-tingkap kewangan belum tertutup. Kita masih boleh lakukan banyak cara dan apa pun cara untuk mencari duit sampingan yang HALAL.. Hanya yang Halal Owkey... Saya tidak mengajar anda untuk buat sesuatu yang haram apalagi mencuri..haha..

Jadi... ?

~LEBIH BAIK CARI DUIT SAMPINGAN DARIPADA MENGUMPAT DAN MENGATA ORANG SAJA BUKAN DAPAT DUIT PUN... 

Ooopss.,salah taip.. yang sepetutnya adalah :
LEBIH BAIK KITA CARI CARA UNTUK MENDAPAT DUIT SAMPINGAN DARIPADA PENAT MENUNGGU DUIT GAJI SETIAP HUJUNG BULAN MASUK. JANGAN JUGA SIKIT-SIKIT MAU PINJAM DUIT... DAN INGAT JUGA... SEBANYAK MANA PUN DUIT ANDA HARI KELMARIN DAN HARI INI.. IANYA AKAN TETAP HABIS BILA ANDA TIDAK MULA MEMIKIRKAN DAN MELAKUKAN SESUATU DARI SEKARANG BAGAIMANA UNTUK KEKALKAN DUIT ITU SUPAYA TERUS BERTAMBAH DAN MALAH BERGANDA..?

BE SMART..! ;)


comments

Saturday, February 28, 2015

Video - Cover Songs paling Cool

Mesti kamurang semua selalu dan biasa juga nampak banyak orang-orang atau artis-artis You Tube yang buat video - Cover song kan... ?

Atau pendek kata..
Kamu Taip You Tube then pada ruang kosong search kamu Taip Cover Song..
Dan kamu akan nampak seperti ini : di bawah ini -->

Okay...Tapi memang ada banyaaakkk sangat tuh cover songs yang keluar..
Pandai-pandai la kamu pilih..
Mesti banyak juga yang kamu jumpa yang best-best diurang nyanyi ni..
Tidak kurang juga la yang tukang kasi sumbang mambang lagu-lagu artis..
Yang kelihatan sangat yakin gitue... Issk.,issh.. X baik tau mau mengata..

Apa-apa pun mereka semua ini Very Talented bah..
"TALENT IS GOD GIVEN"
Yeeppps., Agreeddddd..hehe..
So kalau kamu semua pun bery bery talented kan..
Don't forget to Thanks to God..
at least say somthin to God kan..? 
X pandai macam mana mau say Thanks to God..??
Mari saya ajar :

"We humbly want to thank You Heavenly Father for the Talent that You gave, Now I can... . . . . . .Bla.. Bla... Blaa...."

Ooops... Sorry-sorry... Intro yang sangatttt panjang..

Dari cerita Cover Songs..
Terus jadi Talent...
Then How to say Thanks to God...

Okeeeey...
Sesuai dengan Tajuk entry "Video - Cover songs paling Cool"
Mari saya bawa kamu tengo beberapa Video yang agak Cool... Yang best gituee...

Okey.,before kamurang Play Video di bawah ini ::
Kamu kasi Pause dulu itu lagu-laguan yang the best di sannaaaa paling bawah ituee..(pink colour tue..)
Okee.,Now you can click --> Play button on the video..


Apa matciam...??
best kan..?? Hahaaa...haaa..haaaa... Punya best saya rasa ni video sampai sya Play berulang kali ni Video...
Am I deaf...? Yes.,I am deffany..hahah..

Okay..Okay.. Jangan kamu skip Video tu arh.. Tengo sampai habis...
Memang Lain dari yang lain ni Video cover selama yang perna saya nampak..hahhaa..
At least kan... Si lelaki ni buat Video yang lain dari yang lain dari yang banyak-banyak buat Video tau..Ha ha....

Okey... Sebenarnya ada banyak lagi video-video dia ni..
ada LOL sikit bah dia ni.. So, tahan-tahan saja kalau mau tengo Video dia ni..
Ada Gla-gla gitue... Tapi saya terhibur juga la..
Jadi Gla-gla (Gila-gila) juga sya selepas tengo video-video dia ni..

Di bawah ada beberapa lagi Video dia ni..






For more :
Just type : JmOcak

or click -->  https://www.youtube.com/user/jmOcak

Bukan abang saya ni.. Bukan juga Cousin or adik ipar saya.. Apalagi lah saya menerima apa-apa bayaran dari si JmOcak ni..
Tiada kaitan persaudaraan sama sekali ni cuma jiran rumah sebelah saja ni..LOL
Just for Fun..
I Laugh.. We all Laugh.. Ha Ha Hi Hi Hu Hu....


Want more..?
Don't forget to click LIKE to show your Support..Jyeahhh..


comments

Thursday, February 26, 2015

MISTERI PESAKIT YANG MENINGGAL PADA HARI YANG SAMA

Hooo.,Picture saja suda bikin takut kan..huhu.

MISTERI PESAKIT YANG MENINGGAL PADA HARI DAN JAM YANG SAMA

Ada sebuah kejadian yang aneh terjadi di Unit Perawatan Kecemasan (ICU) [Nama hospital dirahsiakan], ditemukan para pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan selalu sahaja akan meninggal di katil yang sama, pada bilik yang sama, dan pada waktu yang sama juga iaitu pada setiap hari jumat Jam 8:00 malam namun dengan umur yang berbeza, jantina yang berbeza dan keadaan latar belakang pesakit yang berbeza.

Hal ini akhirnya sangat merisaukan dan membingungkan para doktor dan beberapa pihak yang berkaitan. Bahkan ada yang berfikiran bahawa hal ini ada hubungkaitnya dengan supernatural atau paranormal kerana ada sahaja kejadian yang berulang berlaku setiap hari jumaat dan pada katil yang sama dan bilik pesakit yang sama. 
Sungguh aneh bukan..?
Lalu para doktor memutuskan untuk menyiasat penyebab kepada kejadian yang berulang ini. 

Hari Jumaat pun tiba, semua orang dalam hospital tersebut menunggu dengan gelisah dan terasa begitu tegang sekali apakah kejadian buruk itu akan berulang kembali pada jam yang sama dan malam jumaat yang sama?
Lalu dibaringkan pesakit baru itu di katil yang sama dan bilik yang sama.
Beberapa doktor sudah memegang tasbih, Quran, Alkitab, bahkan yang sebahagian lagi memegang bawang putih, limau kasturi, kayu salib dan benda-benda yang menjadi kepercayaan mereka untuk menghalau Syaitan. 

Sementara pesakit yang baru itu sedang terbaring di katil yang sama itu, seiring dengan itu masa pun sedang berjalan menunjukkan pukul 7:00 malam.... 7:15.... 7:20........... 7:30.................
sekitar dalam beberapa jam sebelum tepat jam 8:00 malam yang misteri itu...
Pintu bilik pesakit itu terbuka. Kemudian masuklah seseorang ke dalam bilik tersebut. Dia mencabut kabel alat bantu pernafasan pesakit dari sambungan pembekal oksigen itu lalu menggantikannya dengan menyambungkan ke vacuum cleaner dan mulai membersihkan bilik itu.
Ooooowwwwww...Rupa-rupanya semua ini adalah angkara Aunty kerja part time yang menggantikan pekerja cleaning service  yang lama untuk setiap hari jumaat.
. . . .



 . . . . . .



    . . . . .  . .


Jennnnnggg...jennggggggggg.... jennnnnnnnggggggggg...
Ha .. ha... ha..hahahahahahahahhaha....
Best ka tda cerita seram dari sya..? lel..
Hihihihihihi...
Sebenarnya sya pun terkena bah ni..
Bukan main serius suda sya membaca part pegang "kayu salib" segala...
Tupp..tuppp....Cerita hantu yang tda menjadi rupanya kan..

Bah..Sendiri sudah terkena...
Kenakan kawan-kawan yang lain pula... hihi haha...


Jangan lupa klik LIKE.. ;)


comments

Monday, February 23, 2015

I'm back


Hmmm.. a big meaning of "I'm back"...

Bukan turning back but coming back arh...ehheh..
Hoho...bukan ada apa-apa hal serius punya la...
Macam pula sya sedang cakap sya jual belacan suda balik..lol..

No.. no... Teeerrrlalllluuuu lamaaaaa suda sya meninggalkan dunia Blog..
Then this is me... I'm Back.. This is the time huh..?
huuuuuw.. I'm sorry to Everyone.... mostly to God...
The purpose...
Start a new : 

- Vision....
- Mision....

This is the time...tik..tok...tik....took....tiiiik....toookkk..

*Macam x tau apa mau cakap pula dalam new entry ini setelah sekian lama meninggalkan blog yang tercenta ini... 


I'M BACK TO TELL THE WORLD.. . . .  .  .  .   .



comments