Feel free to Follow Deffny's Blog.. ^__^

Tuesday, April 12, 2011

Kepentingan Bahasa Inggeris

Waaa.,hari ini kunun sya berucap di khalayak ramai… ( bgus kalo lebih 100 org.. ) hahha…
Oke.,mmg gementar juga la kunun-kunun sebab sya x buat persediaan kan..ahhah..
Skali sya masuk clas sja trus turn sya.. Omg...masih bpeluh-peluh lagi oke… pakai baju formal lg kunun sya tu…
pakai baju formal kunun....


tpi sya kunun p berdiri di depan jg...haha..
Tapi x apa… sya buat sja la dengan kemampuan yg sya ada la kunun2….hmmm…

Mau tau apa tajuk ucapan sya..??ehheh…
Kepentingan bahasa inggeris antarabangsa…. Mcam senang kan tjuk ucapan sya.. Memang pun senang…
Tpi mcm pndai-pndai ja sya buat ucapan tjuk ni… ( bgus kalo B.I sya terer… stakat "yes" / "no" ja ble la )..ahakk…
Hmmm.,ada 3 muka surat ni ucapan sya ni…. Waaa.,berbuih-buih juga la sya punya mulut berucap di depan… Nervous tu ada la sikiiiitt… mgkin 10%..ahhah.. Tpi berakhir dengan baik juga la kunun2..ahhah…

k,la…  Siapa-siapa yg dapat tjuk ucapan bgini kamu copy & paste ja sya punya ucapan ni la...lol ( mengajar jadi pemalas )… bukan apa.. Sya fham juga prsaan jdi student mha.. Sbb sya pun stdent… apa lgi kalo last mnit pnya kjdian…. Parah ooo kan...heheh….
k.,di bwah ni ISI ucapan sya tu…. pendhuluan & penutup sya x kasi masuk... so.,Pndai-pndai la k… =)


*************************************************************************************************************
Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa yang bererti lebih 50% daripada penduduk dunia yang  bertutur dalam bahasa Inggeris. Namun, mutu pencapaian bahasa Inggeris di negara kita pula menampakkan kemerosotan yang ketara. Sejak pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsan yang menghapuskan aliran bahasa Inggeris, penguasaan para pelajar dalam bahasa Inggeris amat rendah sedangkan bahasa inggeris sangat penting pada hari ini.

Bahasa Inggeris merupakan bahasa utama dalam komunikasi antarabangsa. Hal ini dapat dibuktikan apabila jumlah penutur bahasa Inggeris di dunia mengatasi jumlah penutur bahasa utama lain seperti bahasa Perancis, Sepanyol, Arab, dan Rusia. Penguasaan bahasa Inggeris bukan sahaja memudahkan kita berhubung dengan dunia luar malah bahasa ini menjamin kelancaran urusan yang melibatkan bangsa negara lain.

Bahasa Inggeris juga merupakan bahasa ilmu pengetahuan. Dalam era globalisasi dan modenisasi ini, bahasa Inggeris merupakan bahasa sumber yang penting. Misalnya, kebanyakan buku-buku rujukan, maklumat, penyelidikan dan khazanah ilmu yang lain terungkap dalam bahasa Inggeris. Hal ini tidak menjadi masalah bagi golongan yang dapat menguasai bahasa Inggeris untuk memahami isi-isi yang tercatat dalam bahan bacaan tersebut.

Bahasa Inggeris juga merupakan bahasa utama dalam bidang perniagaan. Walaupun bahasa rasmi negara ialah bahasa Malaysia namun dalam bidang perniagaan bahasa yang kerap digunakan ialah bahasa Inggeris. Contohnya, bahasa Inggeris digunakan semasa sesuatu perniagaan sedang dijalankan. Menurut kajian, bahasa Malaysia jarang-jarang digunakan semasa urusan perniagaan dijalankan. Hal ini berlaku demikian kerana bahasa Malaysia kekurangan istilah yang tepat untuk mengungkapkan maksud dalam perniagaan. Penguasaan bahasa Inggeris bukan sahaja penting untuk menjamin peluang kejayaan kerjaya malah juga penting untuk menjamin hubungan yang mantap dalam bidang perniagaan. Jikalau bahasa Inggeris tidak dikuasai, maka perniagaan individu, syarikat, dan negara akan terbatas. Apabila peluang perniagaan terbatas, hal ini bukan sahaja menjejaskan ekonomi negara malah juga menjejaskan hubungan diplomatik dan nama baik negara.

Untuk mengukuhkan lagi kepentingan bahasa inggeris. Lihat sahaja dunia kita hari ini. Bahasa inggeris lah yang diguna pakai dalam bahasa telekomunikasi ataupun bahasa internet. Hanya dengan syarat dapat menguasai bahasa inggeris masyarakat dapat memperoleh maklumat-maklumat yang terkini supaya masyarakat tidak menjadi katak di bawah tempurung. Malahan, mereka juga dapat memahami isi-isi tersurat yang dipaparkan dalam maklumat antarabangsa yang disalurkan melalui satelit ataupun media massa seperti radio, televisyen, dan surat khabar. Lebih-lebih lagi pada zaman teknologi maklumat ini, banyak alat teknologi yang canggih telah dicipta untuk memudahkan perhubungan masyarakat dengan dunia luar seperti internet tambahan pula, bahasa Inggerislah yang terungkap dalam laman web.

Kesimpulannya, bahasa inggeris ialah bahasa antarabangsa yang sangat mustahak untuk berhubung dengan bangsa lain, baik dengan masyarakat tempatan mahupun dengan masyarakat dunia luar. Walaupun bahasa Malaysia ialah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara namun bahasa Inggeris amat penting untuk kemajuan negara. Penggunaan bahasa Inggeris membolehkan masyarakat dan negara mempunyai hubungan yang lebih luas dan mudah menerima maklumat antarabangsa. Hal ini secara tidak langsungnya mempercepat pembangunan negara. Di samping itu, kemajuan dapat dicapai dengan lebih cepat sekiranya komunikasi dalam bahasa Inggeris berjalan dengan lancar dengan negara-negara maju. Dengan ini, kecemerlangan seseorang individu bergantung pada tahap penguasaan bahasa Inggeris. Oleh itu, bahasa Inggeris merupakan bahasa yang amat penting dalam menimba ilmu pengetahuan, komunikasi antarabangsa, bidang teknologi, dan bidang perniagaan.



comments

3 comments:

Lucvale said...

lolz... ko memang hebat. hehehe

Keno said...

Kihoooii.... dapat sa bygkan ko berucap di depan sa. punya semat.. hehehe

Deffny said...

hahhah.,sya pun x tau la cam na kdn tym sya berucap tu...hahah.. sya buat ja yg termampu..hehheh...